Blogger WidgetsBlogger Widgets

11 June 2012

5 Misteri Fenomena Lautan

Lautan luas yang membiru kelihatan indah dan mengagumkan jika dilihat dari pantai. Ramai manusia yang begitu terpesona dengan keindahan lautan yang kelihatan bagaikan tiada penghujungnya. Orang zaman dahulu begitu takut membelah lautan namun kini, manusia sudah pandai dan berani menguasai dan menerokai lautan luas. Begitu pun, laut juga menyimpan misterinya yang tersendiri sehingga menyebabkan saintis moden hari ini masih sukar untuk mengungkap misteri beberapa fenomena  yang berlaku.

1. Segitiga Bermuda


Segitiga Bermuda merupakan antara tempat yang paling misteri dan fenomenanya membingungkan para saintis. Tempat ini mula terkenal selepas berlakunya kes kehilangan kapal perang yang membawa lima pengebom torpedo Angkatan Laut pada 5 Disember 1945. Sehingga kini, tiada sebarang penemuan mayat mangsa mahupun bangkai kapal direkodkan. Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya 50 kes kehilangan kapal, bot kecil dan kapal terbang di kawasan Segitiga Bermuda. Terdapat  pelbagai teori mengenai kes kehilangan kapal di perairan tersebut. Antaranya ialah teori pseudosains, paranormal, UFO dan gelembung gas methane yang naik ke permukaan laut.



2. Laut Sargasso


Kebanyakan orang menyamakan Laut Sargasso dengan Segitiga Bermuda sedangkan perairan tersebut terletak di tenggara Segitiga Bermuda iaitu di Lautan Atlantik. Terdapat satu fenomena yang unik di perairan ini yang membingungkan para saintis di mana lautannya bergerak mengikut arah jam. Selain itu, terdapat begitu banyak Sargassum di dalam lautan ini. Lautan ini juga mempunyai pusaran raksasa yang memiliki aturannya sendiri. Suhu di luar pusaran jauh lebih tinggi dari suhu di dalamnya. Beberapa orang pelayar yang melalui lautan ini mendakwa melihat fenomena fatamorgana di mana matahari terbit di Timur dan Barat pada masa yang sama.

3. Laut Syaitan (Devil's Sea)


Lautan ini ter;etak di wilayah Pasifik, sekitar Pulau Miyake dan kira-kira 100km dari selatan Tokyo. Tiada sebarang hidupan di tempat ini. Lautan ini digelar sebagai 'saudara' Segitiga Bermuda dan sering dihindari oleh para pelaut kerana ribut kencang boleh muncul dan hilang secara mendadak. Sekitar 1950an, 9 kapal direkodkan hilang dalam tempoh 5 tahun dan kes yang paling terkenal adalah kehilangan kapal Kaiyo Maru No. 5 yang merupakan kapal kajian Jepun.

4. Tanjung Harapan


Tempat ini juga dikenali sebagai Tanjung Badai.Banyak kapal-kapal besar dilaporkan tenggelam di kawasan ini. Sebahagian besar kapal tenggelam disebabkan cuaca buruk, khususnya ombak besar yang mencapai ketinggian 30 meter.

5. Bahagian Timur Lautan Hindi dan Teluk Parsi


Tempat ini terkenal dengan fenomena misteri lingkaran cahaya raksasa yang berputar-putar di permukaan air. Terdapat beberapa teori bagi mnjelaskan  fenomena ini. Antaranya ialah kesan gempa bumi bawah laut dan juga UFO. 

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...