Setibanya feri yang membawa penumpang tempatan dan pelancong asing melalui sungai tersebut, kumpulan kanak-kanak terbabit akan berhempas pulas mengayuh perahu masing-masing ke arah feri yang sedang bergerak. Mereka akan berusaha mendekati feri tersebut dari arah belakang. Setelah berhasil menghampiri feri tadi, kanak-kanak Sungai Tajaparu akan mengikat tali di belakang feri dan berusaha untuk mengimbangi perahu mereka agar tidak terbalik dek ombak yang terhasil dari feri.
Selepas berjaya menaiki feri, mereka akan berusaha menjual barang dagangan mereka kepada para penumpang. Antara barang jualan yang laris adalah ingas. Ingas merupakan sejenis buah hutan yang hanya boleh ditemui di sekitar kawasan berdekatan sungai tersebut dan hanya dijual dengan harga $ 0.25. Menurut kanak-kanak tersebut, mereka terpaksa menjual barang dagangan mereka bagi menampung keperluan hidup dan membantu keluarga masing-masing. Kebiasaannya, penduduk pedalaman Brazil memiliki bilangan anggota keluarga yang banyak. Kebanyakan ibu bapa kanak-kanak ini terlalu tua dan tidak mempunyai kekuatan untuk bekerja lagi. Sebagai alternatif, anak-anak kecil ini sanggup mempertaruhkan nyawa mereka asalkan keluarga dapat menjamah sesuatu setiap hari.
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...