Blogger WidgetsBlogger Widgets

11 June 2012

Tubuh Kanak-kanak Ini Perlahan-lahan Menjadi Batu

Ali Mckean merupakan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dari Ohio yang sedang mengejar masa bagi mengubati penyakit aneh dan jarang berlaku yang dialaminya. McKean disahkan menghidap Fibrodysplasia ossificans progressiva (FOP), atau Stone Man Syndrome yang menyebabkan otot tubuh dan sendinya bersatu menjadi tulang padat serta mengakibatkan tubuh 'membatu' secara perlahan-lahan. Sindrom ini merupakan kelainan genetik yang dideritai satu dari dua juta orang. Tubuh pesakit akan mengeras secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan mereka tidak lagi mampu bergerak.




"Otot-otot dan sendinya berubah menjadi tulang", kata Angela McKean, ibu Ali kepada WNWO yang dikutip Dailymail.

"Jika tidak segera ditemui cara pengubatannya, maka dia akan membatu seperti patung," ujar Angela dalam nada sedih.

"Sayangnya, masa yang diperlukan untuk mendiagnos penyakit ini adalah 5 tahun kerana kebanyakan doktor tidak tahu tentang penyakit ini," tambahnya lagi.

Dalam usia yang menginjak 5 tahun, anak bongsu dari 3 beradik ini tidak mampu untuk berlari dan bermain seperti kanak-kanak normal yang lain.

Setakat ini sebanyak 285 kes FOP yang dilapor di Amerika Syarikat dan 45 kes di United Kingdom. Penyakit ini menyerang tanpa mengira bangsa, etnik mahupun jantina. Kes yang paling terkenal adalah Harry Eastlack di mana mendiang telah menderma tulangnya sebelum meninggal dunia pada tahun 1973 untuk dijadikan bahan kajian dengan harapan agar mampu membantu menemui penawar penyakit ini. Di akhir hayatnya, Eastlack hanya mampu menggerakkan bibir.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...