Blogger WidgetsBlogger Widgets

12 June 2012

5 Kisah Kelahiran Yang Unik

Kelahiran anak merupakan perkara yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa lebih-lebih lagi jika anak yang dikandung itu adalah anak sulung. Masakan tidak, setelah 9 bulan menanti, pastinya hati tidak sabar-sabar ingin melihat rupa anak yang dikandung selama ini. Kelahiran cahaya mata merupakan perkara yang membahagiakan dan kebahagiaan 5 pasangan berikut pastinya berganda di atas kelahiran unik anak mereka.

1. Tarikh Lahir Anak-Anak Yang Unik


Barbara Sopher merupakan seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ketiga-tiga anak Barbara memiliki tarikh lahir yang unik di mana anak sulungnya lahir pada 8 Ogos 2008 (08.08.08) diikuti dengan kelahiran anak keduanya tanggal 9 September 2009 (09.09.09) dan anak bongsunya pada 10 Oktober 2010 (10.10.10). Barbara dan suaminya mengaku tidak pernah merancang pola kelahiran anak-anak mereka.




2. Pasangan Kembar Melahirkan Anak Pada Hari Yang Sama


Pasangan kembar, Amy Gilbert dan Allison Oliverio telah melahirkan anak mereka di hospital yang sama pada hari yang sama. Amy melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Claire manakala Allison melahirkan bayi lelaki yang dinamakan Garret. Beza waktu kelahiran anak mereka hanya 14 minit.

3. Wanita Yang Bersalin Dengan Melakukan Pembedahan Cesarean Sendiri


Ines Ramirez merupakan satu-satunya wanita yang melakukan pembedahan Cesarean pada diri sendiri. Ketika dia sakit hendak bersalin pada waktu malam, suaminya yang tiada telefon tidak berada di rumah ketika itu. Jarak rumahnya dengan klinik pula sejauh 80 km. Akibat tiada pilihan, ibu beranak 6 itu mengambil alkohol dan sebilah pisau. Dia kemudiannya memotong perutnya sendiri dan seterusnya menarik bayi dari dalam perutnya. Setelah memotong tali pusat bayinya, dia pengsan. Apabila sedar, dia menutup lukanya dengan sweater dan menyuruh anaknya yang berusia 6 tahun meminta bantuan dari jiran tetangga.

4. Kembar Yang Lahir Selang 1 Minit Pada Tahun Yang Berbeza


Pasangan suami isteri dari Illionis Utara menyambut kelahiran bayi perempuan mereka ketika orang lain sedang menghitung saat menjelangnya tahun baru manakala bayi lelaki mereka lahir setelah beberapa saat orang ramai menyambut tahun baru. Bayi perempuan mereka lahir pada 31 Disember 2010 jam 11.59 malam manakala bayi lelaki mereka lahir pada 1 Januari 2011 seminit kemudian.

5. Ibu Yang Melahirkan Seorang Anak, Kembar & Kembar Tiga


Natasha Wilson, seorang ibu dari New York telah melahirkan seorang anak lelaki, kemudian pada tahun berikutnya dia melahirkan sepasang kembar lelaki. Setelah hamil buat kali ketiga, Natasha dikurniakan  kembar tiga pula. Kesemua anak-anak Natasha adalah lelaki sedangkan dia begitu menginginkan anak perempuan.






1 comment:

  1. salam..

    comel date 10.10.10 tu..tahun ni last nak dapat date comel. 12.12.12 hehe

    ReplyDelete

takkan bca je respon la sikit..toink...