Blogger WidgetsBlogger Widgets

12 June 2012

Bertemu Semula Dengan Keluarga Selepas 25 Tahun Dengan Bantuan Google Earth

Ketika berusia 5 tahun, Saroo Brierley mengikut abangnya yang ketika itu sedang bekerja syif malam sebagai seorang tukang sapu di sebuah stesen kereta api.

"Ketika itu sudah larut malam. Kami turun dari kereta, dan saya sangat mengantuk sehingga saya duduk di sebuah stesen kereta api, dan akhirnya saya tertidur," tutur Saroo ketika ditemubual BBC.

"Saya fikir abang saya akan kembali dan mengejutkan saya dari tidur, tetapi ketika saya terbangun, dia sudah tidak kelihatan lagi. Saya terlihat sebuah kereta api di hadapan saya dan saya fikir, dia pasti berada di dalam kereta api tersebut. Jadi saya masuk ke dalam kereta api itu dan berharap akan bertemu dengan abang saya," ceritaya lagi.




Walaubagaimanapun, Saroo tidak menemui abangnya dalam kereta api tersebut. Dia kemudian tertidur lagi dan terkejut ketika terbangun semula 14 jam kemudian. Dia pada awalnya tidak menyedari yang dia telah pun tiba di Kalkutta, kota ketiga terbesar di India.

"Saya sangat takut. Saya tidak tahu di mana saya berada. Saya mula mencari orang dan bertanya kepada mereka. Itu merupakan tempat yang menakutkan. Saya fikir tiada ibubapa yang mahu anak mereka yang berusia 5 tahun mengembara sendirian di Kalkutta," kata Saroo.

Setelah tiba di Kalkutta, Saroo belajar menguruskan dirinya sendiri. Dia terpaksa menjadi pengemis di jalanan.


"Saya sangat berhati-hati. Anda tidak boleh mempercayai sesiapa pun," ujarnya.

Menurut Saroo, dia pernah didekati oleh seorang lelaki yang menawarkan tempat tinggal dan makanan untuknya namun dia menolak kerana merasakan yang lelaki itu mempunyai niat yang tidak baik.  Mujurlah Saroo sangat beruntung kerana dia tidak perlu menjadi pengemis dalam masa yang lama. Dia kemudiannya ditempatkan di rumah anak yatim dan akhirnya dijadikan anak angkat oleh keluarga Brierleys, pasangan dari Tasmania.  Saroo mula menerima hakikat yang dia tidak mungkin boleh berjumpa dengan keluarga kandungnya. Dia akhirnya mengikut keluarga angkatnya ke Australia dan dibesarkan di sana.

Saroo semakin selesa dengan kehidupan barunya. Namun, keinginan mencari keluarga kandungnya tidak pernah padam. Walaupun tidak ingat nama tempat asalnya, Saroo masih punya banyak kenangan berkaitan tempat itu. Dia mula menggunakan Google Earth untuk mencari tempat kelahirannya.



"Saya mengira waktu saat saya berada di dalam kereta api, sekitar 14 jam, dengan kecepatan kereta api India dan saya mendapatkan sebuah jarak kasar, sekitar 1200 km."

Dia lalu menggambar sebuah lingkaran di peta dengan pusatnya di Kalkutta, dengan radius berdasarkan jarak yang dia pikir telah dia tempuh dalam perjalanan itu. Hebatnya, dia segera menemukan apa yang ia cari: Khandwa. "Ketika saya menemukannya, saya perbesar. Saya menelusurinya hingga ke air terjun di mana dulu saya bermain."

Setelah itu dia pergi ke Khandwa, kota yang telah dia temui secara online. Dia menelusuri jalan kota itu dengan kenangan masa kecilnya. Akhirnya dia menemui rumahnya sendiri di kawasan Ganesha Talai. Tetapi, rumah itu tidak seperti yang ia harapkan.

"Ketika saya sampai di pintu, saya melihat sebuah mangga di sana. Rumah itu kelihatan tua dan usang, seakan-akan tidak ada orang yang pernah tinggal di situ dalam tempoh masa yang cukup lama."

Saroo masih mempunyai foto dirinya ketika dia masih kanak-kanak dan dia masih ingat nama keluarganya. Seorang jiran mengatakan, keluarganya telah pun berpindah.

 "Seorang lagi jiran datang dan kemudian orang ketiga muncul, dan ketika itulah saya merasa bahagia. Orang itu berkata, 'Tunggu di sini sebentar dan saya akan kembali'. Dan ketika dia kembali setelah beberapa minit kemudian, dia berkata, 'Sekarang saya akan membawa kamu berjumpa dengan ibumu.'"

"Saya berasa kaku dan berfikir, 'Apakah saya sedang mendengar apa yang saya fikirkan akan saya dengarkan?'"

Saroo kemudian dibawa untuk menemui ibunya. Pada awalnya, dia tidak mengenali ibunya. "Terakhir kali saya melihatnya saat dia berusia 34 tahun dan dia seorang perempuan cantik, saya lupa bahawa usia membawa perubahan yang cukup besar. Tetapi, struktur wajah itu masih bertahan dan saya mengenalinya dan saya berkata, 'Ya, kamulah ibu saya'."


"Dia memegang tangan saya dan membawa saya ke rumahnya. Dia tidak dapat berkata apa-apa kepada saya. Saya pikir, dia juga gementar seperti saya. Dia mengalami sedikit kesulitan ketika memegang anaknya, setelah 25 tahun, yang tiba-tiba saja muncul kembali seperti hantu. "


"Sebenarnya, sebulan setelah saya menghilang, abang saya ditemui meninggal dunia di landasan kereta api," tutur Saroo seperti yang dikutip BBC. Ibunya tidak pasti samada abangnya meninggal akibat kemalangan atau angkara orang lain.

"Kami sangat rapat dan ketika saya meninggalkan India, hal yang membuat saya sedih adalah mengetahui bahwa abang saya sudah meninggal dunia."

Kisah hidup Saroo begitu menyentuh perasaan dan sangat sehingga ada seorang pengarah yang ingin mengabadikan kisah hidup Saroo dalam filem.









No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...