Blogger WidgetsBlogger Widgets

12 June 2012

5 Perkampungan Terunik Di Dunia

Jika disebut perkampungan, pastinya minda kita membayangkan tempat yang nyaman, tenang dan jauh dari kesibukkan kota serta bunyi-bunyi bising hon kereta. Namun, 5 buah kampung di bawah ini bukan sekadar kampung biasa, kampung di bawah ini mempunyai keunikan lain yang jarang kita temui di tempat lain.

1. Kampung Yang Mempunyai 100 Pasang Kembar Seiras


Kampung Kodinji mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam. Sekiranya kamu melawat kampung ini, kamu pasti akan mengalami kesulitan dalam membezakan penduduk di sini kerana kebanyakan mereka mempunyai kembar masing-masing. Dianggarkan terdapat 100 hingga 150 pasangan kembar dilahirkan di kampung ini. 

2. Kampung Yang Mempunyai Seorang Penduduk


Kampung Buford di Wyoming terkenal sebagai tempat yang terlalu dingin. Atas sebab itulah, kampung ini ditinggalkan oleh penduduknya yang lain. Kini, hanya Don Sammons sahaja yang masih tinggal di situ sendirian dan tanpa jiran tetangga.

3. Kampung Yang Mempunyai Penduduk Terencat Akal Terbanyak


Bukan bertujuan menghina, tapi inilah realiti yang benar-benar berlaku di Kampung Patihan, Jawa Timur. Dianggarkan seramai 445 orang penduduk kampung tersebut mengalami masalah terencat akal. Keadaan ini telah berlaku sejak tahun 1970an lagi.

4. Kampung Yang Mempunyai Penduduk Kelainan Fizikal


Di Kampung Mario, Sulawesi Selatan pula, kebanyakan penduduk kampungnya mengalami kelainan upaya yang agak sama di mana mereka mempunyai tiga jari sahaja yang menyerupai 'ketam'.  Penduduk kampung sudah tidak hairan dengan situasi ini malah mereka menganggap bahawa kejadian itu merupakan satu sumpahan.

5. Kampung Yang Mempunyai Penduduk Mengamalkan Poligami Terbanyak


Kampung ini mendapat gelaran kampung poligami kerana kebanyakan lelaki di sini mengamalkan poligami. Wanita di kampung ini begitu suka berkongsi suami malah mereka sendiri yang menggalakkan suami mereka berkahwin lebih daripada satu.


No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...