Kanak-kanak dari Sudburry, Suffolk ini sebenarnya menderita sejenis penyakit genetik dikenali sebagai Hypohidrotic Ectodermal Dysplasia (HED) yang sangat jarang berlaku dan hanya dihidapi oleh 7000 orang sahaja di dunia ini. Mereka hanya boleh makan makanan yang lembut kerana mereka tidak mempunyai set gigi yang lengkap seperti manusia normal. Selain itu, Cullen juga terpaksa memakai krim pelindung matahari, baju yang agak tebal dan mengelak dari terkena sinaran matahari yang berlebihan.
Menurut ibu mereka, Mandy Cullen, orang awam sering pelik melihat anak-anaknya sehingga ada seorang wanita bertanya padanya apakah anaknya menghidap leukaemia.
"Selepas filem Twilight keluar, masyarakat berasa lucu kerana kebetulan kami adalah keluarga Cullen. Dan kami mempunyai dua orang anak yang mempunyai gigi bertaring serta tidak boleh keluar rumah pada waktu siang. Sedikit sebanyak, ia kelihatan seakan-akan pontianak," tambah Mandy.
Mandy dan suaminya, John Cullen mula menyedari kelainan pada Simon selepas beberapa jam anak sulung mereka lahir. Ini kerana Mandy mengalami proses mengandung dan bersalin yang normal seperti ibu-ibu lain. Walaubagaimanapun, suhu badan Simon menurun beberapa jam selepas dilahirkan sehingga menyebabkan jururawat meletakkannya di bawah sinaran lampu bagi mengembalikan suhu badan pada paras normal. Namun, apa yang mengejutkan, tubuh Simon mula melepuh.
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...