Blogger WidgetsBlogger Widgets

12 June 2012

Ed Houben, Pembuat Anak Professional


Seorang lelaki dari Belanda yang berusia 42 tahun mendakwa dirinya adalah seorang pembuat bayi professional. Dia juga mengaku sudah memiliki 82 orang anak setelah sembilan tahun terbabit dalam ‘kerjayanya’. Ed Houben juga  mengaku bahawa dia pernah meniduri sekurang-kurangnya 15 orang wanita dalam tempoh sebulan demi membantu mereka mendapatkan anak.




Houben memang dikenali sebagai babymaker professional dan paling produktif di dunia. Dia mendakwa tidak melanggar sebarang undang-undang yang ada. Menurut Dailymail,  lelaki tersebut telah menaburkan benihnya hampir di seluruh pelosok dunia termasuk di Jerman, Belanda, Itali, Sepanyol, Belgium dan Perancis.

Untuk mendapatkan perkhidmatan Houben, pelanggannya harus membayar kos perkhidmatan, perjalanan dan penginapannya. Selain itu, pelanggannya juga  harus memberikan catatan rekod kesihatan. Houben  juga meminta pelanggannya menandatangani dokumen perjanjian yang mengatakan dia terlepas daripada sebarang tanggungjawab untuk memberi sebarang nafkah anak mereka.

Houben mula terfikir untuk menjadi seorang pembuat anak profesional setelah dia melihat permintaan dalam bidang reproduksi manusia yang semakin tinggi.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...