Blogger WidgetsBlogger Widgets

06 June 2012

5 Foto Kontroversi Kanak-Kanak Yang Menggemparkan Dunia

Jika kita lihat foto-foto di bawah ini, mungkin kita akan terfikir bahawa foto-foto ini hanya palsu semata, paling tidak pun foto ini mesti telah di-photoshop-kan. Tetapi sebenarnya, foto-foto ini memang asli dan benar-benar berlaku. Mari kita ketahui kisah di sebalik foto kanak-kanak yang menimbulkan kontroversi ini.

1. Steampunk Tibet Kid


Foto ini kelihatan seperti poster versi Bollywood. Ia juga kelihatan seperti para pengembara yang sedang berbual berdekatan dengan unggun api. Tetapi sebenarnya, individu dalam foto ini adalah anak dan bapa kandung yang sedang dalam perjalanan ke pergunungan Kailash secara haram.



2. Karate Kid


Ini barulah karate kid yang sebenar. Kanak-kanak perempuan ini bernama Varsha Vinod dari Purakkad, India. Varsha mula berlatih seni mempertahankan diri sejak berusia 2 tahun dan sangat mahir menggunakan senjata. Lihat sahaja aksi lincah dan pantas kanak-kanak ini yang mampu mengalahkan seorang lelaki dewasa. Menakjubkan.

3.Sharkboy


Enal berasal dari Indonesia. Setiap hari, Enal akan menyertai nelayan ke laut tetapi bukan untuk menangkap sebaliknya untuk berenang bersama ikan yu. Dia akan memakai cermin mata untuk menyelam, terjun ke laut dan akan berpaut pada ekor ikan yu. Kanak-kanak ini tidak dipaksa dan tidak pernah dilatih oleh sesiapa pun sebaliknya berenang bersama ikan yu adalah hobinya.

4. Zipline Kid


Foto ini menggambar seorang kanak-kanak Zipline, Daisy Mora yang sedang menyeberang menggunakan sejenis peralatan pengangkutan kuno Zipline yang seakan-akan kabel untuk pergi ke sekolah. Peralatan kuno ini merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan perkampungan Daisy dengan dunia luar kerana tiada sebarang jambatan atau jalanraya di sana atas faktor bentuk muka bumi yang ekstrem.

5. Kanak-kanak Menentang Polis Semasa Rusuhan



Gambar ini telah diambil oleh Evandro Monteiro semasa berlaku rusuhan di Sao Paulo, Brazil. Kanak-kanak ini mungkin tidak tahu apa yang dia lakukan pada ketika itu. Dia muncul di tengah-tengah orang ramai, membuka baju dan membuat aksi yang menunjukkan kemarahannya pada polis sehingga menyebabkan ibunya panik lalu berlari membawanya meninggalkan tempat rusuhan tersebut.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...