Blogger WidgetsBlogger Widgets

06 June 2012

5 Manusia Yang Diasuh dan Dibesarkan Haiwan

Mungkin tajuk entri kali ini kedengaran agak pelik. Betulkah ada manusia yang hidup, diasuh dan dibesarkan oleh haiwan seperti dalam cerita Tarzan..? Ya, memang perkara ini benar-benar berlaku dan telah berlaku kepada beberapa orang individu. Mereka kebanyakannya ditinggalkan atau sesat dalam hutan dan kemudian ditemui semula dalam keadaan liar di mana mereka tidak mampu bercakap, menyesuaikan diri dengan masyarakat dan hanya mahu makan makanan mentah. Kasihan bukan..? Terfikir juga bagaimanakah mereka melalui kehidupan di hutan bersama haiwan liar selama bertahun-tahun. Berikut merupakan 5 kisah individu yang telah tinggal di hutan selama bertahun-tahun dan telah ditemui semula.

1. Ukraine Dog Girl



Oxana Malaya telah ditinggalkan oleh ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab di kandang anjing semasa dia berumur 3 tahun. Dia membesar tanpa asuhan orang tua, yang ada hanya anjing-anjing di kandang tersbut. Oxana telah ditemui semula pada 1991 iaitu semasa dia berumur 8 tahun. Ketika ditemui, dia tidak mampu bertutur sebaliknya hanya mampu menggonggong dan berlari sambil merangkak. Kini, setelah 20 tahun berlalu, Oxana bekerja sebagai di sebuah ladang penternakan berdekatan hospital psikiatri tempat dia tinggal. Dia telah diajar bertutur namun Oxana masih mengalami gangguan kognitif.
2. Cambodia Jungle Girl


Rochom P'ngieng telah dilaporkan hilang semasa berusia 8 tahun ketika sedang mengembala kerbau di tepi hutan. Lapan belas tahun kemudian, sekitar tahun 2007, seorang penduduk kampung melihat seorang wanita dalam keadaan berbogel sedang menyelinap di sekitar halaman rumahnya untuk mencuri beras. Wanita itu dikenalpasti sebagai Rochom P'ngieng berdasarkan bekas luka di punggungnya. Rochom telah diajar bertutur dan mengamalkan budaya tempatan namun dia tidak mampu menyesuaikan diri. Akhirnya, Rochom melarikan diri dan masih belum ditemui sehingga kini.

3. Ugandan Monkey Boy


John Ssebunya melarikan diri ke hutan pada usia 4 tahun setelah trauma menyaksikan pembunuhan ibunya yang dilakukan oleh ayahnya sendiri. Dia dilaporkan dibesarkan oleh sekumpulan monyet vervet sehingga dia ditemui semula pada 1991. Saat dia ditemui oleh penduduk kampung, John menolak untuk ditolong malah dia dan 'kawan-kawan' monyetnya melempar ranting-ranting kayu bagi menghalau penduduk kampung. Setelah diselamatkan, John telah diajar bertutur dan kini dia juga mampu menyanyi. 

4. Madina


Kisah tragis Madina sama seperti Oxana Malaya. Dia ditinggalkan di kandang anjing sehinggalah dia berusia 3 tahun. Ketika ditemui, Madina hanya mampu menyebut dua perkataan sahaja, iaitu "ya" dan "tidak" dan selebihnya Madina hanya mampu meniru bunyi anjing. Walaubagaimana pun, para doktor dan pakar psikiatri mengesahkan Madina sihat secara mental dan fizikal. Walaupun perkembangannya agak lambat daripada kanak-kanak seusia dengannya, seorang pengasuh percaya Madina akan kembali normal ketika dia dewasa kelak.

5. Russian Bird Boy


Kanak-kanak Rusia ini telah dikurung oleh ibubapanya sendiri di sebuah kandang burung yang menempatkan burung-burung peliharaan ibubapanya. Ketika ditemui, kanak-kanak ini juga tidak mampu bertutur sebaliknya hanya meniru bunyi-bunyi burung. Kanak-kanak ini tidak mampu berkomunikasi seperti manusia normal dan kini dia ditempatkan di sebuah pusat rawatan psikologi di mana pakar berusaha memulihkannya.


No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...