Blogger WidgetsBlogger Widgets

05 June 2012

5 Buah Pulau Terpadat Di Dunia

Manusia merupakan makhluk yang suka meneroka dan mampu beradaptasi dengan perubahan iklim sesuatu tempat. Populasi manusia akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dan semakin banyak tempat-tempat baru akan diteroka kelak termasuklah tempat-tempat yang terpencil. Pulau-pulau dalam foto-foto di bawah ini asalnya dipenuhi dengan flora dan fauna semulajadi, namun kini apa yang dapat kita saksikan hanyalah rumah-rumah dan bangunan. Berikut merupakan 5 buah pulau yang paling padat di bumi.

1. Santa Cruz del Islote


Santa Cruz del Islote secara tidak rasmi menjadi pulau yang terpadat di dunia. Pengangkutan yang paling sesuai untuk sampai ke pulau ini adalah dengan mengguna bot dari pantai Caribbean dan tempoh perjalanan adalah selama satu jam. Terdapat 90 buah rumah di pulau ini dengan populasi sekitar 1200 orang penduduk.  Tiada kolam renang, hotel mahupun tapak perkuburan di pulau ini. Penduduk yang meninggal dunia akan dikuburkan sebuah pulau yang berdekatan. Pulau ini juga tiada kemudahan eletrik dan air. Sebaliknya tentea laut Columbia akan membawa bekalan air buat penduduk setiap tiga minggu sekali.

2. Hong Kong


Hong Kong memiliki populasi seramai 1.2 juta orang dengan kepadatan 16390 km²  pada 2008. Populasi tertumpu di sepanjang pantai utara di mana kepadatan menjangkau 26000 orang/km². 

3. Venice


Venice sangat terkenal dengan keindahan senibina bangunan dan karya seni serta menjadi daya tarikan sejak abad pertengahan dan Renaissance. Venice juga merupakan pusat perdagangan dan seni pada abad ke-13 hingga akhir abad ke-17. Pada tahun 2009, dianggarkan seramai 270098 penduduk yang menetap di situ.

4. Joal-Fadiouth


Joal-Fadiouth terletak di Pantai Petite Senegal, tenggara Dakar. Pulau ini tidak memiliki sebarang pengangkutan moden seperti bas, kereta, motosikal mahupun teksi. Kegiatan ekonomi penduduk adalah pertanian dan perikanan. Pulau ini memiliki 39 ribu penduduk.

5.  Malé


Terletak di selatan Atoll Malé Utara, Malé merupakan ibu kota dan juga kota yang paling padat dalam Republik Maldives. Populasi penduduk di pulau ini telah meningkat dari 20000 orang pada tahun 1987 kepada 100000 orang pada 2006. Tanah-tanah pulau ini terpaksa ditambak bagi menampung populasi penduduk yang kian bertambah.
 

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...