Sebenarnya terdapat banyak tempat di dunia ini yang tidak boleh dilihat melalui Google Earth mahupun Google Maps atas pelbagai alasan termasuk keamanan, privasi mahupun politik. Berikut merupakan tempat-tempat yang tidak boleh dilihat atau dijejaki dengan menggunakan kemudahan Google Earth dan Google Maps.
Alasan 1:Pengaruh Kerajaan, Keluarga Diraja dan Tentera
White House
Gambar digital dari White House telah dihapus atas sebab keamanan dan keselamatan.
Soesterberg Air Base, Belanda
Tempat ini merupakan tapak angkatan tentera udara Belanda yang juga
pernah digunakan sebagai tapak pesawat tempur F-15 angkatan tentera udara Amerika semasa Perang Dingin.
Reims Air Base, Perancis
Tempat ini merupakan satu-satunya bangunan di kawasan Reims Air Base yang
dikaburkan.
Nato C3 Agency, Brussel, Belgium
C3 Agency menyokong NATO dalam hal-hal saintifik dan yang
berkaitan dengan C4ISR (Consultation, Command, Control, Communications,
Intelligence, Surveillance, and Reconnaissance).
Huis Ten Bosch Palace, The Hague
Tempat ini merupakan satu daripada empat tempat tinggal utama
keluarga diraja Belanda. Tempat ini terletak di The Hague, Belanda. Ratu Beatrix
tinggal di sini ini sejak tahun 1981.
Alasan 2: Politik
Iran
Pada tahun 2007, seorang ahli perniagaan Iran mencuba untuk mencari satu tempat di Iran melalui Google Earth tetapi gagal.
Bahagian selatan Asia
Tempat-tempat seperti Tibet, Xinjiang dan utara Pakistan dikaburkan oleh Google Earth kerana tempat ini merupakan
kawasan sensitif yang ada kaitan dengan masalah politik negara.
Bahagian Tengah/Timur Desa Yona, Kepulauan Pasifik Wilayah
Guam
Tidak diketahui mengapa daerah ini di-sensor.
Alasan 3: Privacy
The Boring’s Family Home, Franklin Park Pensylvania
Aaron dan Christine Boring mendakwa Google Maps telah melanggar privasi mereka. Keluarga Boring
mengatakan gambar dari rumah mereka harus dihilangkan dan sepanjang jalan rumah
mereka diberikan label “Private Road”.
Kota Utrecht, Belanda
Tempat adalah sebuah
kota kuno yang digunakan sebagai pusat keagamaan bagi bangsa Belanda sejak abad
ke 8.
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...