Blogger WidgetsBlogger Widgets

05 June 2012

5 Benda Asing Yang Pernah Ditemui Dalam Tubuh Manusia

Pernahkah anda membayangkan bagaimana benda-benda asing seperti rambut, magnet, sudu plastik dan sebagainya boleh berada dalam tubuh seorang manusia..? Susah untuk diterima akal namun kes ini pernah terjadi kepada beberapa individu. Kebanyakannya mengadu sakit dan setelah melakukan pemeriksaan dan pembedahan, alangkah terperanjatnya para doktor apabila benda-benda pelik ditemui dalam tubuh pesakit.

1. Bola rambut raksasa


Pada tahun 2007, seorang gadis berusia 18 tahun dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit perut, muntah dan tidak selesa di bahagian perut. Keputusan x-ray menunjukkan terdapat gumpalan gelap dan tebal yang mirip sarang labah-labah di dalam perutnya. Selepas pembedahan dijalankan, doktor menemui gumpalan rambut yang besar. Ternyata sebenarnya selama ini gadis itu menghidap trichophagia, iaitu kelainan mental yang cenderung membuatnya memakan rambut sendiri.
2. Cacing raksasa di dalam otak


Rosemary Alvarez mengesyaki dia menghidap barah otak kerana kerap kali mengalami kekaburan penglihatan. Setelah menemui pakar dan satu pembedahan dijalankan, doktor telah menemui seekor cacing pita raksasa bersarang di otaknya.

3. Lelaki 'mengandungkan' kembarnya


Sanju Bhagat sering ejek sejak kecil kerana memiliki perut yang besar seperti wanita yang sedang hamil. Sehingga suatu hari, Sanju dikejarkan ke hospital kerana mengeluh rasa sakit yang amat sangat di bahagian perut. Semasa pembedahan dijalankan, doktor menemui janin bayi di dalam perut lelaki itu. Janin itu sebenarnya adalah kembar Sanju yang 'terserap' ke dalam tubuhnya ketika berada dalam kandungan.

4. Garpu dalam paru-paru


John Manley mengeluh batuk dan mengalami gejala pneumonia yang parah selama dua tahun. Manley juga selalu pengsan dan tubuhnya akan membiru apabila serangan itu terjadi. Seorang doktor pakar, Dr Momen Wahidi telah memasukkan kamera kecil ke dalam tubuh Manley bagi mengesan punca penyakitnya. Dari situ, doktor menemui garpu plastik  menempel di paru-paru Manley. Menurut Manley, dia pernah terminum minuman yang terdapat garpu plastik yang patah ketika sedang makan di restoran makanan segera suatu ketika dahulu.

5. 30 magnet di dada



Seorang kanak-kanak berumur 8 tahun dari Indiana dirawat di hospital kerana menghidap penyakit misteri. Hasil USG menemui lebih dari 30 magnet dan potongan logam yang lain di dalam tubuhnya. Sebenarnya, magnet dan logam di dalam tubuh kanak-kanak itu adalah alat permainan kanak-kanak. Ternyata, kanak-kanak itu gemar makan mainannya sendiri.







2 comments:

  1. wau! bace yg 1st, psal rambut tu pun dah seram. cool. tpi energy saving mode tu, kacau sngat la.. ;-)

    ReplyDelete
  2. dah follow blog nie. follow ak jga ek akuboboi.blogspot.com. :-)

    ReplyDelete

takkan bca je respon la sikit..toink...