1. Penculikan pengantin wanita
Kes ini sering berlaku di Kyrgyzstan dan Turkmenistan. Di Kyrgyzstan, seorang lelaki yang ingin berkahwin bebas memilih gadis mana yang mahu dijadikan isteri. Kemudian, pengantin lelaki bersama saudara dan kawan-kawan lelaki akan menculik gadis tersebut untuk dibawa bertemu dengan wanita tertua dalam keluarga pihak lelaki. Gadis tersebut akan dipujuk supaya bersetuju untuk dikahwinkan. Sekiranya gadis terbabit menolak, dia akan didera sehingga dia menyatakan persetujuannya. Di negara Etiopia dan Rwanda pula, kes ini lebih teruk di mana bakal pengantin lelaki sanggup memperkosa gadis yang diculik sehingga hamil yang akhirnya memaksa keluarga wanita bersetuju mengahwinkan anak mereka dengan lelaki yang bertanggungjawab menculik dan merogol anak mereka.
2. Hukuman membakar isteri
Kes ini biasanya berlaku di India, Pakistan, Bangladesh dan negara lain yang berdekatan dengan India. Dalam kes ini, wanita akan disiram dengan bahan bakar oleh suami dan keluarga mertua sebelum api dinyalakan. Biasanya wanita tersebut akan dibakar hidup-hidup.Perbuatan ini dianggap sebagai satu hukuman dengan berbagai alasan.
3. Ritual perhambaan
Di Ghana, Afrika, sebuah keluarga kelas bawahan boleh dihukum kerana enggan menyerah anak gadis untuk dijadikan hamba seks kepada keluarga kelas atasan yang merupakan ketua suku kaum mereka. Kebiasaannya, anak gadis akan diserahkan kepada para pemimpin suku untuk dimanfaatkan secara seksual. Sekiranya gadis tersebut melarikan diri, maka keluarganya harus menyerahkan anak gadis yang lain sebagai ganti. Adat yang dipanggil "Troksi" ini diamalkan atas sebab kepercayaan penebusan dosa dengan memberi korban hidup dan sebagai bentuk pembayaran di atas apa yang dewa mereka berikan kepada ketua suku.
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...