Blogger WidgetsBlogger Widgets

29 August 2012

5 Virus Paling Bahaya Di Dunia

Semakin kita memasuki dunia moden, semakin banyak penyakit daripada virus baru yang muncul. Sehingga kini, para sainstis masih lagi berusaha mencari ubat bagi menyembuhkan penyakit dari virus-virus tersebut. Virus-virus moden ini menyerang pelbagai lapisan masyarakat tidak kira golongan tua, dewasa mahu pun kanak-kanak. Kepesatan sistem pengangkutan turut menjadi faktor cepatnya penyebaran virus tersebut ke seluruh dunia. Jom kita kenali 5 jenis virus berbahaya yang paling ditakuti manusia masa kini.

1. Virus Ebola


Ebola (Virus Kongo) merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus Ebola baru sahaja dikenalpasti. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut.  Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.



2. SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome)


SARS merupakan sejenis Pneumonia yang pertama kali dikesan di wilayah Guangdong, China pada November 2002. SARS dipercayai disebabkan oleh virus dari keluarga korona berdasarkan pengecaman DNA virus dari contoh bahan pesakit SARS. Antara tanda-tanda penyakit ini ialah demam panas secara mendadak, mengalami masalah pernafasan seperti batuk, sesak atau sukar bernafas, sakit tekak, sakit otot dan sakit kepala.

3. Virus Hepatitis B (VHB)


Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh "Virus Hepatitis B" (VHB). Virus Hepatitis B merupakan bentuk Hepatitis yang lebih serius berbanding dengan jenis hepatitis yang lain. Virus ini menyerang golongan tua, dewasa mahupun kanak-kanak. Antara tanda-tanda penyakit ini ialah demam, menggigil, kulit berwarna kuning, hilang berat badan dan urine berwarna gelap.

4. Virus H5N1


Virus ini mula dikesan di sebuah desa di Nigeria dan tersebar dengan pantas ke Mesir dan Cameroon. Kemudian, virus tersebut menyerang negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Viernam, Thailand, China, Turki, Kemboja, Iraq, Laos dan Azerbaijan. Pesakit H5N1 mengalami demam panas dan kesukaran bernafas.

5. Virus HIV (Human Immunodeficiency Virus)


Virus HIV mengakibatkan AIDS. Ia menular menerusi hubungan kelamin, pemindahan darah, pekongsian jarum suntikan dan dari ibu kepada bayi yang dikandung. Jumlah penghidap HIV paling banyak direkodkan di negara-negara miskin terutama di benua Afrika.







No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...