Blogger WidgetsBlogger Widgets

29 August 2012

5 Foto Makhluk Paranormal Yang Terkenal Sepanjang Zaman

Makhluk paranormal kekal misteri dan masih sukar diperjelaskan kewujudannya walaupun kita sudah memasuki era moden. Pelbagai peralatan sainstifik direka bagi mengenalpasti kehadiran entiti makhluk ini. Namun sekiranya bernasib baik, anda tidak memerlukan kamera atau video yang canggih untuk merakam gambar entiti tersebut. Ini kerana 5 keping foto yang memaparkan entiti yang sukar dijelaskan ini diambil lebih berpuluh-puluh tahun dahulu dan tanpa menggunakan peralatan moden mahupun Photoshop.

1.


Foto ini diambil pada tahun 1919 dan ia diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1975 oleh Sir Victor Goddard yang merupakan seorang bekas tentera Royal Air Force. Foto tersebut merupakan potret skuad Goddard ketika bertugas semasa Perang Dunia Pertama. Di belakang salah seorang skuad tersebut terdapat satu entiti yang menyerupai seorang lelaki. Kononnya, entiti itu adalah Freddy Jackson yang bekerja sebagai mekanik di Royal Air Force. Gambar tersebut diambil ketika Jackson baru sahaja 2 hari meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja.



2.


Pada tahun 1995, Ike Clanton telah meminta seorang rakannya untuk mengambil gambarnya memakai pakaian koboi di sebuah tapak perkuburan di Arizona. Semasa mengamati foto tersebut, Clanton mendapati terdapat entiti menyerupai seorang lelaki berpakaian koboi tanpa kaki di belakangnya.

3.

Pada musim panas 1954, Reverend K.F. Ford telah mengambil gambar di sebuah gereja yang terletak di England. Ketika mengambil gambar tersebut, Ford secara tidak sengaja telah mengambil gambar entiti yang menyerupai sami bertopeng dengan wajah yang menyeramkan. Foto tersebut menjadi salah satu foto paling popular sepanjang zaman dan sukar diperjelaskan.

4.


Pada tahun 1940an, Puan Andrews telah menziarahi makam anak perempuannya yang telah meninggal dunia di usia 17 tahun. Makam itu terletak di Queensland, Australia. Puan Andrews sempat mengambil foto kubur anaknya dan setelah gambar itu dicuci, alangkah terperanjatnya wanita itu apabila mendapati terdapat entiti menyerupai kanak-kanak perempuan sedang duduk di atas kubur anaknya. Setelah siasatan dijalankan, Puan Andrews mendapati terdapat kubur dua bayi perempuan yang disemadikan berdekatan kubur anaknya.

5.


Ketika menziarahi kubur ibunya, Mabel Chinnery telah mengambil gambar suaminya yang sedang duduk di tempat duduk hadapan kereta. Ketika melihat semula gambar tersebut, Mabel Chinnery mendapati entiti yang menyerupai mendiang ibunya 'duduk' di tempat duduk belakang kereta mereka.









No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...