Pada tahun 1820, seorang anak yatim piatu yang berasal dari Perancis bernama Martin Fugate mendapat tanah hibah di sebelah timur Kentucky yang dikenali dengan nama Troublesome Creek. Martin kemudiannya telah mengahwini seorang wanita kulit putih bernama Elizabeth Smith. Keluarga Fugate memiliki 7 anak, dan 4 daripadanya berkulit biru.
|
Keluarga Fugate; 4 dari 7 anak Martin berkulit biru |
Keluarga ini bertambah jumlahnya di mana perkahwinan antara sepupu kerap terjadi. Keluarga Fugate juga turut berkahwin dengan jiran tetangga mereka. Komuniti ini hidup terpencil di daerah yang belum memiliki infrastruktur.
|
Ibu & bapa Benjy Stacy |
Anak-anak Martin yang berkulit biru akhirnya berkahwin dengan saudara sebelah ibu mereka. Zachariah, salah seorang anak Martin yang berkulit biru telah berkahwin dengan saudara sebelah ibunya dan menghasilkan kombinasi gen yang 100 tahun kemudian menjadi penyebab kelahiran Benjy Stacy dengan warna kulit biru-keunguan!
|
Benjy Stacy & teman wanitanya |
Sebenarnya, kelainan ini dipanggil methaemoglobinaemia – atau singkatannya: met-H , keadaan di mana kurangnya kemampuan membawa oksigen dalam darah. Akibatnya, darah menjadi lebih gelap dari warna yang normal. Kes pada keluarga Fugate yang berkahwin dengan jiran dan saudara terdekat telah menyebabkan kelainan genetik ini berlanjutan.
|
Benjy Stacy mewarisi warna kulit moyangnya |
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...