Blogger WidgetsBlogger Widgets

29 August 2012

Kailash Singh, Tidak Pernah Mandi Dalam Tempoh 38 Tahun

Sebagai manusia normal, kita mesti berasa tidak selesa jika tidak mandi walaupun untuk sehari. Tapi bagi seorang lelaki dari India yang bernama Kailash Singh, tidak mandi selama sehari adalah perkara biasa. Ini kerana, lelaki ini tidak pernah mandi dalam sejak 38 tahun yang lalu dan dia boleh dikategorikan sebagai manusia paling busuk di dunia..!



Kailash Singh,66 merupakan seorang penternak haiwan di daerah Varanasi, India. Dia mempunyai 6 orang anak perempuan. Akibat terlalu inginkan kehadiran seorang anak lelaki sejak dari awal perkahwinannya dahulu, Kailash Singh telah menemui seorang pendeta pada tahun 1974. 


Pendeta tersebut menyarankan Kailash Singh agar tidak memotong atau mencuci rambutnya sekiranya dia inginkan anak lelaki. Sejak itu, Kailash Singh tidak pernah mandi kerana percayakan kata-kata pendeta tersebut.Walaupun telah menuruti kata-kata pendeta tersebut, namun hajat Kailash Singh belum lagi termakbul malah hajatnya mungkin tidak akan kesampaian berikutan faktor usia dia dan isterinya.


Menurut isterinya, Kalavati Devi, 60, dia telah mencuba pelbagai cara untuk memujuk suaminya mandi namun tidak pernah berjaya. Kalavati Devi pernah bertegas dengan suami untuk mandi jika tidak mahu mereka tidur berasingan, namun akhirnya Kalavati Devi yang terpaksa mengalah. 


Anak-anak pasangan itu juga pernah menyuruh bapa mereka mandi di sungai, namun Kailash Singh enggan malah turut melarikan diri. Menurut Kailash Singh, dia lebih rela mati daripada mandi dan dia hanya akan mandi di kelahiran akan datang. Kini, Kailash Singh hanya akan menggunakan air bagi mencuci muka dan kakinya.



No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...