Blogger WidgetsBlogger Widgets

01 July 2012

5 Letupan Nuklear Paling Dahsyat Dalam Sejarah

Nuklear merupakan senjata moden yang paling digeruni kerana mampu membawa kemusnahan yang besar dalam masa singkat. Berikut merupakan 5 letupan nuklear paling dahsyat pernah direkodkan dalam sejarah. Ada yang benar-benar dilepaskan bagi tujuan peperangan dan ada juga yang dilepaskan untuk dijadikan ujian sahaja. Apa pun, impak dari nuklear memang menakutkan dan semoga tiada lagi nuklear yang digunakan untuk peperangan selain dari tragedi Hiroshima dan Nagasaki.



1. Foto ini diambil oleh seorang tentera Perancis pada 3 Julai 1970. Operasi nuklear ini dijalankan di sebuah tempat yang dikenali sebagai Fangataufa. Kod bom ini ialah Canopus. Ia memiliki kekuatan ledakan sebesar 914 kt dan dihasilkan oleh Perancis.




2. Ujian Upshot-Knothole dilakukan di Nevada Proving Ground antara 17 May dan 4 Jun 1953. Ujian ini bertujuan untuk menguji sejenis bom baru yang menggunakan teori 'fission' dan 'fussion'. Rumah dalam gambar tersebut terletak pada 3500 kaki dari pusat ledakan. Kamera dilindungi lapisan setebal 2 inci. Berdasarkan ujian terbabit, letupan nuklear tersebut hanya mengambil masa 2 hingga 3 saat sahaja untuk menghancurkan sebuah rumah.


3. Tanggal 1 Julai 1946, sebuah letupan berbentuk cendawan kelihatan di Pulau Marshall yang terletak di Lautan Pasifik Utara. Ia merupakan letupan pertama dari dua letupan dalam operasi Crossroads. Dalam gambar tersebut kelihatan beberapa buah kapal perang milik AL Jerman dan Jepun.


4. Dua foto di bawah ini merupakan gambar bom The Fat Man yang menghancurkan Nagasaki dan gambar selepas bom tersebut dilepaskan di daerah tersebut. Bom itu mempunyai berat kira-kira 5 tan dan ketinggiannya mencecah 10.6 kaki.




5. Foto ini pula merupakan gambar Little Boy yang digunakan untuk menghancurkan Hiroshima. Berat Little Boy adalah sekitar 4-5 tan manakala tingginya adalah 9 kaki. Foto seterusnya adalah foto yang diambil dari udara saat berlakunya letupan yang menyebabkan ramai orang awam yang tidak berdosa terbunuh di Hiroshima.



1 comment:

  1. ak suka tpi asal ade popup save your energy..bole x buang bende 2

    ReplyDelete

takkan bca je respon la sikit..toink...