Blogger WidgetsBlogger Widgets

01 July 2012

5 Manusia Paling Tinggi Di Dunia

Manusia yang memiliki ketinggian luarbiasa telah lama direkodkan dalam sejarah. Keistimewaan yang dimiliki membuat mereka menjadi terkenal sehingga kini meskipun ada antara mereka yang telah meninggal dunia. Berikut merupakan 5 individu tertinggi di dunia.

1. Robert Wadlow,8′ 11.1″


Robert Wadlow dari Alton, Illinois merupakan manusia paling tinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah. Ketinggiannya mencapai 8′ 11.1″. Wadlow lahir pada 1918 dan dia merupakan anak sulung dari 5 adik beradik. Wadlow meninggal dunia dalam usia yang begitu muda, iaitu 22 tahun. 
2. Johan Aason,8′ 9-1/4″


Aason lahir di Amerika. Dia kemudiannya mengikut ibunya berhijrah ke Norwegia. Menariknya, ibu Aason juga memiliki ketinggian yang luarbiasa bagi seorang wanita iaitu 7'2". Menurut sijil kematiannya, ketika meninggal dunia, ketinggian Aason ialah 9'2". Sekiranya laporan tersebut benar, maka Aason adalah manusia tertinggi di dunia yang sebenar. 

3. John Rogan,8′9″


John Rogan lahir pada 1868. Pada mulanya, Rogan membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Namun, ketika berusia 13 tahun, Rogan membesar lebih cepat dari orang lain dan ketika meninggal dunia, ketinggiannya ialah 8'9". Rogan meninggal dunia akibat komplikasi penyakit.

4. John F Carroll,8′7″


John F Carroll lahir pada 1932 di Buffalo, New York. Dia dikenali sebagai Buffalo raksasa. Walaupun mendapat banyak rawatan, namun ketinggian Carroll tetap tidak terhenti malah makin bertambah. Ketinggiannya bertambah 7 inci setiap bulan. Ketika meninggal dunia, ketinggian Carroll dipercayai mencapai sembilan kaki.

5. Leonid Stadnyk,8′5″


Leonid Stadnyk lahir pada 1971 di Ukraine. Dia adalah pakar bedah haiwan dan tinggal bersama ibunya. Ketika ini, Stadnyk menyandang gelaran manusia tertinggi di dunia dalam Guinness Book of Records.






No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...