Blogger WidgetsBlogger Widgets

01 July 2012

5 Hukuman Penjara Paling Lama Dalam Sejarah


Dari waktu ke waktu, kejahatan terus berkembang. Begitu juga dengan hukuman yang diberikan selalu berkembang untuk memberikan rasa keadilan bagi masyarakat. Berikut merupakan 5 hukuman terberat di dunia berdasarkan laman web topcultured.com.


1. Gabriel March Grandos
Pada tahun 1972, seorang warga Palma de Mallorca, Sepanyol, Gabriel March Grandos, 22 dijatuhi hukuman penjara selama 384 912 tahun karena telah menggelapkan lebih dari 4 ribu surat. Hukuman ini menjadi hukuman terlama sepanjang sejarah di dunia.



2. Dudley Wayne Kyzer
Dudley Wayne Kyzer dijatuhi hukuman 10 000 tahun penjara oleh mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana membunuh isterinya dengan kejam. Dudley juga dijatuhi hukuman atas kesalahan membunuh seorang  mahasiswa.

3. Darron Bennalford Anderson.
Darron Bennalford Anderson dihukum untuk 2 200 kejahatan. Hukuman ini untuk kejahatan mulai dari pemerkosaan hingga perompakan. Pada 1997 dia dihukum 12 744 tahun penjara oleh mahkamah AS.

4. Juan CoronaJuan Corona
Juan Corona adalah warga California. Pada tahun 1971, Corona telah membunuh 25 orang petani. Atas perbuatanya, dia dijatuhi 25 hukuman penjara seumur hidup. Mayat ke 25 petani tersebut dikebumikan di Sutter County, California, dan di sepanjang Sungai Feather Utara, Yuba City.

5. Tanpa Nama
Pada 15 Jun 1969, dua orang warga Iran masing-masing dihukum penjara selama 7 109 tahun oleh mahkamah tempatan. Tidak ada keterangan lebih lanjut mengenai sebab-sebab hukuman ini dijatuhkan.

4 comments:

  1. Nk share artikel bole x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je..xde msalah..share je kn..hehehe

      Delete
    2. tp kat pic x leh right hand click. Sy nk share kat malay forum. Nnt sy letakkan kredit. Mcm mn ye nk copy pic?

      Delete
    3. pic 2 sekadar gambar hiasan je...kt google ade..

      Delete

takkan bca je respon la sikit..toink...