Blogger WidgetsBlogger Widgets

13 June 2012

Gara-gara Tikus, Seorang Wanita Terpaksa Membuka Seluarnya Di Hadapan Orang Ramai


Akibat seluarnya dimasuki seekor tikus, seorang wanita bernama Ana Vargas (40) terpaksa membuka seluarnya di hadapan para penumpang yang ramai dalam sebuah kereta api berkelajuan tinggi.
Kejadian itu berlaku sekitar jam  07.50 pagi. Ketika itu Ana sedang berada dalam sebuah kereta api berkelajuan tinggi untuk ke tempat kerja.  Ketika berada di dalam kereta api tersebut, seekor tikus telah masuk ke dalam seluarnya.





Pada mulanya, Ana berasa seperti ada pergerakan di seluarnya. Dia mula berasa tidak selesa. Setelah menyedari seekor tikus telah masuk ke dalam seluarnya, Ana tidak mempunyai pilihan lain selain dari membuka seluarnya agar tikus tersebut keluar.Setelah kereta api itu berhenti, Ana bergegas keluar.

Polis menyarankan agar Ana pergi ke hospital bagi merawat luka di sekitar di paha dan kakinya serta mendapatkan suntikan tetanus.Setelah berlakunya kejadian itu, Ana trauma untuk mengunakan alat pengangkutan itu lagi.

Insiden tersebut membuat pengurus kereta api bawah tanah berkenaan memantau kebersihan tempat itu dengan lebih kerap dan memastikan penumpang tidak membawa sebarang makanan dalam kereta api.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...