Blogger WidgetsBlogger Widgets

13 June 2012

Kanak-kanak Yang Membiayai Sendiri Bil Rawatan Kansernya

Ketika kanak-kanak seusianya sedang bermain dan bersekolah, Aidan Reen begitu gigih melukis di atas katil hospital. Kanak-kanak ini menghidap Acute Lymphoblastic Leukaemia, iaitu sejenis kanser ganas yang menyerang sumsum tulang belakang. Meskipun peluang untuk sembuh agak tinggi, namun kos rawatannya begitu tinggi sedangkan keluarga Reed hanyalah dari golongan berpendapatan sederhana sahaja.




Kakak tiri Aidan, Mandi Ostein yang mengetahui hobi melukis Aidan bertindak menjual lukisan-lukisan raksasa dan robot adiknya. Niat Mandi pada mulanya hanya ingin mencari dana tambahan bagi mengubati penyakit adiknya dan dia sendiri tidak menyangka yang akhirnya hasil jualan lukisan Aidan mampu menampung kos keseluruhan rawatan tersebut.


Dalam 3000 lukisan yang dijual, Mandi mampu mengumpul US$30000. Menurutnya, pesanan lukisan Aidan datang dari pelbagai negara termasuk Jepun, Itali dan Brazil. Kini, proses terapi Aidan berjalan lancar dan dia sudah semakin sihat.





No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...