Blogger WidgetsBlogger Widgets

14 June 2012

5 Hotel Dengan Konsep Yang Luar Biasa

Hotel menjadi pilihan penginapan utama buat para pelancong. Lain hotel, lain pula konsepnya. Akibat persaingan dalam bidang pelancongan yang kian sengit, sesetengah pemilik hotel tampil dengan idea dan konsep yang kreatif. Semuanya bertujuan bagi menarik lebih ramai pengunjung. Jom kita saksikan 5 hotel dengan konsep yang menarik, unik dan luar biasa.

1. Jules Undersea Lodge Hotel, Florida


Hotel ini merupakan bekas makmal laut yang juga berada 21 meter di bawah laut. Hotel ini terletak di bahagian bawah Lagoon Emerald, Florida. Untuk sampai ke tempat penginapan, pengunjung harus menyelam.



2. Hotel Costa Verde, Costa Rica


Hotel ini cukup unik. Ia merupakan sebuah kapal terbang Boeing 727 tahun 1965. Hotel ini mempunyai dua bilik.  Pengunjung boleh melihat pemandangan di luar melalui tingkap-tingkap kapal terbang. Hotel ini pastinya meninggalkan memori manis buat para pengunjungnya.

3. Hotel Kapsul, Perancis


Hotel ini terletak di tebing air. Ia merupakan kapsul yang sering digunakan untuk ekspedisi menyelamat pada era 70an. Mahu rasakan pengalaman yang berbeza, datanglah ke tempat ini.

4. Hotel de Vrouwe Van Stavoren, Belanda


Hotel ini menggunakan konsep tong-tong besar yang sering digunakan untuk menyimpan wain. Bagi tong sebesar ini, dianggarkan 19333 botol wain boleh disimpan di dalamnya. Setiap bilik boleh menempatkan sehingga 2 buah katil walaupun agak sempit.

5. Hotel Propeller Island Citu Lodge, Berlin


Tedapat 30 bilik dalam hotel ini. Setiap bilik mempunyai konsep yang berbeza. Antaranya ialah konsep sarkas di mana terdapat sangkar-sangkar harimau di dalam bilik ini. Ada juga bilik yang mempunyai konsep up side down di mana perabot dalam bilik ini berada di atas siling.






1 comment:

  1. yang 1st tu mantap... yg las tu menakutkan... haaaaaaaaaa

    ReplyDelete

takkan bca je respon la sikit..toink...