Blogger WidgetsBlogger Widgets

14 June 2012

El Colacho, Ritual Melompat Atas Bayi

Penduduk di Castrill de Murcia, Sepanyol menjalankan satu ritual lama yang dipanggil El Colacho setiap tahun. Saat berlangsungnya ritual tersebut, beberapa orang bayi akan 'dibersihkan' oleh seorang lelaki yang berpakaian serba kuning yang melambangkan syaitan (menurut kepercayaan mereka) dengan cara melompat di atas bayi-bayi yang diletakkan di atas tilam.



Walaupun sangat berbahaya, ritual itu masih diamalkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Tahun ini sahaja terdapat lebih dari 200 orang bayi menyertai ritual tersebut. Ritual ini bertujuan bagi memperingati pertarungan abadi antara kebaikan dan kejahatan. Selain itu, mereka juga percaya bahawa ritual ini dapat menempatkan bayi kepada jalan menuju kehidupan yang lebih baik dan membuka pintu syurga.


Walaupun telah diamalkan selama berabad-abad lamanya tanpa adanya rekod kecederaan mahupun kematian, namun ritual tersbut masih dianggap berbahaya dan berisiko tinggi sehingga menyebabkan Pope Benedict XVI menggesa agar ritual itu dihentikan demi keselamatan bayi-bayi tersebut.










No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...