Anna Iskanderov (kiri & Irina Belyaeva (kanan) |
Kebenaran mula terbongkar saat pasangan Belyaeva dalam proses perceraian. Ketika Yuliya Belyaeva bercerai dengan suaminya, si suami enggan membayar nafkah anak mereka, Irina Belyaeva atas alasan anak itu tidak mirip wajah dia mahupun bekas isterinya. Justeru, mahkamah memerintahkan agar Irina Belyaeva menjalani ujian DNA dan keputusan DNA tersebut begitu mengejutkan kerana ternyata DNA Irina tidak sepadan dengan Yuliya mahupun bekas suaminya.
Keluarga Belyaeva kemudian menuntut agar satu siasatan rasmi dijalankan. Hasil siasatan tersebut, ternyata sebenarnya anak kandung mereka telah tertukar selepas dilahirkan di hospital 12 tahun lalu. Anak kandung mereka telah dibesarkan oleh pasangan Iskanderov. Kes ini menimbulkan kekeliruan kerana kedua-dua keluarga tersebut datang dari etnik dan agama yang berbeza. Keluarga Belyaeva merupakan etnik Rusia beragama Kristian Ortodoks manakala pasangan Iskanderov berketurunan Chechnya dan beragama Islam.
Dari kiri, Yuliya Belyaeva, Irina Belyaeva & Naimat Iskanderov |
Setelah perjumpaan antara kedua belah keluarga diadakan, ternyata wajah Irina Belyaeva mirip bapa kandungnya, Naimat Iskanderov manakala anak kandung Yuliya, Anna Iskanderov mirip wajahnya. Kedua-dua keluarga tersebut dibayar pampasan sebanyak $100000 untuk setiap keluarga. Irina Belyaeva dan Anna Iskanderov masih tinggal dengan keluarga angkat masing-masing dan enggan kembali kepada keluarga kandung mereka.
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...