08 September 2012
Pura-Pura Cacat Demi Dapatkan Simpati Mengemis
Sebagai manusia biasa, hati kita mudah tersentuh dan simpati melihat pengemis-pengemis yang mengemis di kaki lima. Mudah sahaja kita menghulurkan bantuan berupa wang lebih-lebih lagi apabila pengemis tersebut merupakan ibu yang sedang mengendong anak kecil, orang kelainan upaya (OKU), pesakit kronik atau kanak-kanak. Namun dalam banyak-banyak individu yang mengemis di jalanan, pastinya hanya sedikit sahaja yang benar-benar dalam kesusahan dan tidak mampu. Selebihnya, golongan ini hanya dieksploitasi oleh individu tidak bertanggungjawab dan ada juga yang memilih jalan ini kerana malas. Contohnya, lihat sahaja gelagat dua individu dalam foto di bawah dan anda boleh buat kesimpulan sendiri.
Labels:
Cerita Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...