Blogger WidgetsBlogger Widgets

08 September 2012

Kanak-kanak Ini Tua Sebelum Masanya

Otlanmetse Falaste merupakan kanak-kanak kulit hitam yang sangat tabah dan kuat. Dia baru sahaja berusia 12 tahun. Malangnya, kulit Falaste sudah mula berkedut dan menyebabkan dia kelihatan seperti sudah tua gara-gara sindrom Hutchinson-Gilford yang dihidapinya.




Untuk makluman, sindrom Hutchinson-Gilford merupakan sejenis penyakit yang jarang berlaku kepada manusia di mana pesakit mengalami proses penuaan yang lebih cepat dari manusia biasa. Pesakit biasanya hanya boleh hidup sehingga umur 8-21 tahun sahaja akibat komplikasi pada jantung, strok dan darah tinggi.


Berdasarkan rekod, pesakit sindrom Hutchinson-Gilford di seluruh dunia dianggarkan kira-kira 200-250 orang sahaja dan Falaste merupakan kanak-kanak kulit hitam kedua yang menghidap sindrom ini. Walaupun menyedari jangka hayatnya tidak panjang, namun gadis kecil ini tetap berfikiran positif dan cuba menjalani hidup dengan sebaik mungkin.







No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...