Blogger WidgetsBlogger Widgets

05 September 2012

Pelik-Restoran Pen!s Di China

Rakyat China memang gemar makan makanan yang pelik dan eksotik. Bagi memenuhi selera pelik rakyatnya, sebuah restoran unik yang hanya menyediakan menu berasaskan alat kelamin haiwan jantan telah dibuka di Beijing. Restoran itu dikenali sebagai Gualizhuang. 


Restoran hanya dibuka kepada individu yang berusia 16 tahun ke atas. Ini kerana hormon dalam alat kelamin dikhuatiri mempengaruhi pertumbuhan individu di bawah 15 tahun. Kebanyakan pelanggan restoran ini terdiri dari golongan kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan. Hal ini kerana setiap menu yang dihidangkan amat mahal. 


Antara menu terbaik yang dihidangkan di restoran tersebut ialah alat kelamin harimau jantan. Pelanggan dinasihatkan memesan menu ini beberapa bulan sebelum berkunjung ke tempat tersebut Harga menu istimewa itu pula mencecah USD $1500. 


Selain alat kelamin harimau jantan, restoran tersebut turut menyediakan menu berasaskan alat kelamin lembu, kambing, kuda dan monyet. Pelanggan yang inginkan menu yang lebih berkhasiat boleh memesan menu mentah seperti sushi. 


Difahamkan, rakyat China percaya bahawa alat kelamin haiwan boleh meningkatkan tenaga batin lelaki, Ia juga dipercayai baik untuk kaum wanita. Maka tidak hairan restoran ini begitu terkenal dalam kalangan rakyat China.






No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...