Berikutan kekalahan berkaitan hak paten di mahkamah baru-baru ini, Samsung telah diperintah oleh mahkamah untuk membayar denda sebanyak USD$1 billion kepada pihak Apple. Pagi tadi, ibu pejabat Apple gempar dengan kehadiran kira-kira 30 buah trak yang membawa wang syiling 5 sen.
Trak-trak tersebut dihantar oleh pihak Samsung. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Samsung, mereka telah membayar denda bernilai USD $1 billion dengan kaedah tersebut. Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee pula berkata "dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah atau cara pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk membayar USD $1 billion kepada pencipta iPhone itu dengan cara yang kami fikirkan terbaik."
Tindakan bijak dan licik pihak Samsung itu ternyata mendatangkan masalah pada pihak Apple di mana mereka terpaksa memohon untuk mengira semula semua wang itu bagi memastikan jumlah wang yang dihantar mencukupi. Selain itu, pihak Apple juga harus memastikan pihak bank menerima permohonan mendeposit syiling 5 sen itu dalam bank.
Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata lagi, syarikat itu tidak akan takut dengan mereka yang mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.
"Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin minuman untuk seumur hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan mematuhi undang-undang," tambahnya lagi.
Pihak Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai 20 billion syiling 5 sen tersebut.
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...