Blogger WidgetsBlogger Widgets

15 July 2012

29 Orang Ditahan Kerana Disyaki Makan Otak Dan Alat Kelamin Dukun

Papua New Guinea digemparkan dengan kes kanibalisme akhir-akhir ini. Seramai 29 orang suku asli negara tersebut ditahan pihak berkuasa kerana disyaki membunuh dan memakan otak serta alat kelamin 7 orang dukun.




Menurut polis setempat, Anthony Wagambie, kumpulan kanibal tersebut melakukan pembunuhan dan memakan anggota badan mangsa kerana kaum tersebut percaya ritual itu boleh menjadikan mereka kebal. Selain itu, dukun-dukun itu dibunuh kerana kerap memeras wang dan menuntut layanan seks kepada penduduk kampung yang mendapatkan khidmat mereka.

Difahamkan, semua suspek memakan otak mangsa secara mentah manakala alat kelamin mangsa dimasak bersama sup. Menurut laporan The National yang diterbitkan di Papua New Guinea, 27 orang lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke mahkamah Madang dengan pertuduhan membunuh secara sengaja. Nasib suspek ke-29 masih tidak diketahui. Jika sabit kesalahan, kumpulan itu boleh dikenakan hukuman mati.

Kanibalisme telah lama diamalkan oleh suku asli di Papua New Guinea. Ia masih diamalkan sehingga kini walaupun sudah ada undang-undang yang diperuntukkan bagi menghalang kejadian seumpama ini dari berulang.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...