Blogger WidgetsBlogger Widgets

13 July 2012

Lelaki Afghan Ditemui Mati Di Kandang Harimau, Kemungkinan Dibaham Hidup-Hidup

Seorang lelaki ditemui mati dalam kandang harimau Zoo Copenhagen, Denmark selepas mangsa menceroboh kandang harimau tersebut. Mangsa dikenalpasti sebagai lelaki keturunan Afghan berusia 20 tahun yang menetap di Copenhagen bersama keluarganya.



Mayat mangsa ditemui dalam keadaan dikelilingi oleh tiga ekor harimau Siberia oleh pekerja zoo pada jam 7.30 pagi waktu tempatan. Motif mangsa berada dalam kandang harimau masih tidak jelas dan dalam siasatan namun polis tidak menolak kemungkinan mangsa bertindak demikian bertujuan untuk membunuh diri.


Menurut Superintendent Lars Borg, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan gigitan haiwan di bahagian peha, dada, muka dan leher mangsa. kematian mangsa berpunca daripada gigitan di leher. Pihak berkuasa kini sedang meneliti rakaman kamera tertutup CCTV untuk mengenalpasti bagaimana mangsa boleh berada di kandang harimau terbabit.


Menurut ketua eksekutif zoo berkenaan, ini merupakan insiden pertama yang pernah berlaku selepas 152 tahun zoo tersebut dibuka kepada orang awam.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...