Blogger WidgetsBlogger Widgets

17 July 2012

Lelaki Ini Menanam 6000 Pokok Oak Berbentuk Hati Sempena Mengenang Mendiang Isterinya

Benarlah manusia sanggup melalukan apa sahaja demi insan yang dicintainya. Winston dan Janet Howes telah berkongsi hidup selama 33 tahun namun malangnya, Janet Howes telah meninggalkan suaminya 17 tahun yang lalu. Setelah isterinya meninggal dunia, Winston mendapat ilham untuk mengabadikan kisah cinta mereka dan mengenang pemergiannya isterinya.



Lelaki berusia 70 tahun itu tekad menanam ribuan pokok Oak di atas tanah seluas 6 hektar. Di tengah-tengah tanah itu, Winston membuat kawasan lapang yang berbentuk hati di mana bucu hujung hati itu menghala ke arah Wotton Hill, tempat asal mendiang isterinya.

Winston & Janet Howes

Menurut Winston, dia mendapat ilham untuk mereka hutan berbentuk hati itu setelah pemergian mendiang isterinya. Dia juga mereka kerusi di lapangan tersebut yang menhadap bukit di mana dia pernah tinggal dulu. Menurutnya, taman itu merupakan penghargaan abadi buat isterinya dan akan sentiasa kekal di situ selama-lamanya.

Foto Winston Howes & mendiang isterinya pada tahun 1960an

Kisah lelaki tua ini tersimpan rapi dan hanya diketahui oleh ahli keluarganya. Ini kerana hasil kerja Winston hanya dapat dilihat dari udara, bukan di darat. Namun, kisah Winston menjadi sebutan ramai setelah Andy Collet, 42 yang sedang menaiki belon udara melintasi tanah milik keluarga  Howes. Dia yang terpegun dengan hasil kerja Winston bertindak merakam foto pemandangan tanah milik warga emas itu dari udara.

Simbol cinta Winston Howes buat isterinya

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...