Blogger WidgetsBlogger Widgets

10 June 2012

5 Pergerakkan Rahsia Paling Bahaya & Masih Aktif sehingga Kini

Seperti yang kita tahu, Freemasonry merupakan pergerakkan rahsia yang paling terkenal dengan agenda untuk menyesatkan umat manusia. Namun tahukah anda masih terdapat juga beberapa buah kumpulan rahsia lain yang masih aktif sehingga sekarang dan memiliki objektif serta misi yang lebih kurang sama dengan Freemasonry. Berikut merupakan 5 buah pergerakkan rahsia yang telah terbentuk sekian lama dan sebahagian besar darinya masih aktif sehingga ke hari ini  dan masih lagi melaksanakan pergerakkan mereka secara senyap.

1. The Order of Nine Angels (ONA)


ONA merupakan sebuah organisasi Satanist rahsia yang ditubuhkan di United Kingdom dan mula mendapat perhatian umum sekitar tahun 1980an dan 1990an. Kumpulan ini mula ditubuhkan pada 1960an dengan penggabungan tiga kuil neopagan yang dipanggil Camlad, The Noctulians dan Temple of the Sun. Misi utama kumpulan ini ialah New World Order. Pada tahun 2011, dipercayai bahawa organisasi ini berpusat di California dan di bawah naungan seorang pewaris yang merupakan wanita muda keturunan Thailand. ONA mengamalkan korban manusia sebagai cara untuk menghilangkan kelemahan. Motif utama kumpulan ini adalah untuk membentuk  individu baru melalui pengalaman, latihan dan pembinaan personaliti serta kebolehan memimpin.



2. Thule Society


Kumpulan ini diasaskan di Jerman dan dinamakan sempena nama sebuah negara utara mistik dalam lagenda Yunani. Menurut pengarang biografi Adolf Hitler, pemimpin tersebut dan Parti Nazi pernah melibatkan diri dengan kumpulan ini. Kumpulan ini percaya dengan idea 'membunuh manusia bagi mengurangi populasi'. Thule Society mengamalkan ilmu sihir seksual dan berkominikasi dengan syaitan bagi memimpin mereka.

3. Freemasonry


Freemasonry merupakan sebuah organisasi persaudaraan bersemangat politik yang telah ada sejak abad ke-17. Freemasonry mengamalkan tiga etika demi mengaburi pergerakkan mereka iaitu persaudaraan, menderma dan beramal kebajikan serta kebenaran. Freemasonry ditolak oleh kebanyakkan agama utama di dunia termasuk Islam dan Kristian kerana Freemasonry mengajar anggotanya yang semua agama adalah sama. Kumpulan ini juga percaya bahawa tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.

4. Skull & Bones


The Order of Skul and Bones merupakan sebuah komuniti dari Universiti Yales. Pada awalnya, ia dikenali sebagai Persaudaraan Kematian dan didirikan pada tahun 1832 oleh para mahasiswa. Kumpulan ini dikenali dengan teori-teori konspirasi dan yang paling popular adalah idea bahawa pengasas CIA merupakan anggota kumpulan ini. Seperti ONA, misi utama kumpulan ini adalah New World Order.

5. Assassins


Assassins merupakan pertubuhan rahsia yang paling menakutkan kerana mereka melakukan pembunuhan kejam terhadap orang-orang kenamaan. Kumpulan ini begitu ditakuti oleh raja-raja, ahli perniagaan, ahli politik dan juga orang-orang penting. Antara mangsa-mangsa yang dipercayai dibunuh oleh assassins adalah Abraham Lincoln, John F. Kennedy, Indira Ghandhi, Rafik Hariri dan Benazir Bhutto.

1 comment:

takkan bca je respon la sikit..toink...