1. Mundha Dhanda Villager
Hubungan: Manusia & anjing
India merupakan sebuah negara yang masih berpegang teguh kepada kepercayaan turun-temurun. Namun ada sesetengah ritual di negara itu yang kedengaran pelik dan sukar diterima akal. Di Munda Dhanda, kawasan pedalaman India, seorang gadis cilik telah 'dikahwinkan' dengan seekor anjing jalanan. Perkhawinan itu dilansungkan kerana ibubapanya mahu menghalau roh jahat yang membahayakan keluarganya. Walaubagaimanapun, gadis itu tetap boleh berkahwin dengan manusia biasa kelak tanpa adanya 'perceraian' dengan anjing tersebut.
2. Nejdet Boyanay
Hubungan : Manusia dan makhluk asing
Nejdet Boyanay yang merupakan seorang lelaki dari Istanbul, Turki telah mendakwa bertemu dengan makhluk asing pada 1975 iaitu ketika dia berusia 10 tahun. Menurut laporan, makhluk asing tersebut mengunjungi Boyanay ketika dia tidur. Hubungan dengan makhluk asing itu berterusan walaupun setelah dia berkahwin. Pada 1996, Boyanay memutuskan untuk mendedahkan pengalamannya kepada media dan sejak itu hubungannya dengan makhluk asing itu terputus kerana kononnya makhluk asing asing itu marah dengan perbuatannya yang memdedahkan hubungan mereka.
3. John & Jenny Deaves
Hubungan: Bapa dan anak
Tanggal 20 Mac 2008, mahkamah telah menjatuhkan hukuman berkelakuan baik selama tiga tahun ke atas John Deaves dan anak kandungnya, Jenny selepas kedua-duanya mengaku bersalah melakukan sembang mahram sehingga menyebabkan kelahiran seorang anak perempuan, Celeste. John dan Jenny bertemu semula setelah 30 tahun John meninggalkan ibu kandung Jenny. Dua minggu kemudian, mereka melakukan hubungan seksual.
4. Selvakumar
Hubungan: Manusia dan anjing
Selvakumar 'mengahwini' seekor anjing betina bukanlah atas kehendaknya. Sebelum ini, Selvakumar telah menyeksa dua ekor anjing sehingga mati. Kemudian, dia menghidap penyakit lumpuh kaki dan tangan. Setelah rawatan moden tidak dapat mengubati penyakitnya itu, Selvakumar membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan ahli paranormal. Menurut ahli paranormal yang ditemuinya, kononnya Selvakumar lumpuh kerana terkena sumpahan anjing yang diseksanya suatu ketika dahulu. Dan satu-satunya jalan penyelesaiannya adalah dengan mengahwini seekor anjing betina.
5. Eija-Riitta Berliner-Mauer
Hubungan : Manusia dan tembok
Wanita ini begitu tertarik dengan struktur Tembok Berlin sejak berumur 7 tahun. Pada tahun 1961, ketika semua orang gembira dengan runtuhnya tembok buatan Soviet ini, Eija-Riita pula hampir membunuh diri. Setelah hampir setahun mendapatkan rawatan, akhirnya dia dapat melupakan perasaannya terhadap Tembok Berlin. Kini dia menemui 'kekasih' barunya; iaitu tembok di sebuah taman berdekatan rumahnya.
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...