Blogger WidgetsBlogger Widgets

28 May 2012

Pewaris Legasi Billionair

Bertuahnya gadis-gadis ini kerana bukan sahaja cantik, malah dilahirkan dalam keluarga yang memiliki aset berbillion dollar yang bakal diwarisi mereka.



1. Vanisha Mittal
Merupakan  salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat keluli dan juga pewaris kepada Laksmi Mittal. Bapanya, Laksmi Mittal membelanjakan RM177 juta untuk majlis perkahwinan Vanisha. Satu jumlah yang kecil bagi keluarga Mittal kerana aset keluarga itu dianggarkan bernilai RM92.5 billion.





2. Marta Ortega Perez
Gadis kelahiran Sepanyol ini adalah pewaris kepada Amancio Ortego Gaona yang memiliki aset bernilai RM92.2 billion. Beliau bakal mewarisi empayar fesyen Inditex termasuk butik Zara, Massimo Dutti serta Zara Home.



3. Pewaris kepada Richard Branson yang memiliki kekayaan bernilai RM11.8 billion ini pada mulanya tidak berminat untuk mengikut jejak bapanya sebagai hartawan perniagaan Virgin. Cita-cita asal Holly ialah menjadi doktor. Namun kemudian, Holly berubah fikiran dan menyertai empayar perniagaan bapanya.



4. Tamara Ecclestone
Pewaris Benard Ecclestone ini merupakan seorang model dan pengacara televisyen. Kemudian, Tamara mengembangkan kariernya kepada ahli perniagaan pakaian dalam dan produk rambut wanita.



4. Ivanka Trump
Pewaris Donald Trump ini bukan sahaja mewarisi kecantikan ibunya, Ivana malah turut mewarisi kebijaksanaan bapanya. Memulakan kerjaya sebagai seorang model terkenal, Ivanka kemudiannya menyertai empayar bapanya dengan memegang jawatan sebagai naib pengerusi eksekutif pembangunan dan perolehan pertubuhan Trump. Ivanka juga turut muncul sebagai juri dalam rancangan The Apprentice. Aset Donald Trump dianggarkan bernilai RM5.9 billion.



5. Hind Hariri
Anak kepada Rafik Hariri, bekas perdana menteri Lubnan yang meninggal dunia dalam serangan bunuh diri. Hind Hariri mewarisi kekayaan bernilai RM4 billion dari bapanya.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...