Blogger WidgetsBlogger Widgets

28 May 2012

Berkongsi Apa Saja..Termasuk Isteri....

Amar dan Kundan Singh Pundir merupakan dua beradik kandung yang menetap di sebuah kawasan pedalaman di India. Amar dan abangnya, Kundan sentiasa bersama sejak dari kecil. Mereka begitu rapat sehingga mereka sanggup berkongsi rumah, pekerjaan dan juga seorang isteri. Perkahwinan yang melibatkan seorang isteri dan lebih dari seorang suami disebut poliandri. Poliandri, tidak seperti poligami; jarang diamalkan. Biasanya, perkahwinan seperti ini bermotifkan tradisi dan ekonomi.





Walaupun poliandri tidak dibenarkan di India, namun  ia masih diamalkan oleh masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman. Mereka berpendapat bahawa  perebutan  harta warisan dapat dielakkan apabila adik beradik lelaki berkongsi isteri. Menurut si isteri, Indira Devi, memiliki 2 orang suami bukanlah sesuatu yang mudah. Indira mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan melalui perkahwinannya dengan Amar dan Kundan. Amar dan Kundan tidak tahu yang mana satu anak kandung masing-masing dan bagi mereka, hal itu tidak penting. Kedua-dua anak lelaki mereka ingin meneruskan tradisi ini manakala anak perempuan mereka menolak untuk mengamalkan tradisi ini. Kebiasaannya, perkahwinan seperti ini sudah diatur oleh ahli keluarga dan kebanyakan wanita di perkampungan itu memiliki lebih dari seorang suami.



No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...