Blogger WidgetsBlogger Widgets

10 July 2012

Suami Dibunuh Kerana Malas Mandi

Seorang wanita dari Rusia berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa kerana membunuh suaminya yang berusia 35 tahun. Menurut badan penyelidik Rusia, peristiwa itu bermula apabila suspek cuba menasihati mangsa supaya mandi demi menjaga kebersihan dan kesihatan. Namun, nasihat suspek tidak dipedulikan mangsa sehingga menyebabkan mereka bertengkar.




Akibat hilang pertimbangan, suspek memukul kepala mangsa dengan seketul batu dan menjerut leher mangsa. Badan mangsa turut dipotong kepada beberapa bahagian dan dibuang di sebuah hutan berhampiran kediaman mereka.


Difahamkan, pihak berkuasa Rusia bertindak menyembunyikan identiti mangsa dan suspek. Suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah. Kejadian ini berlaku pada minggu lepas.



No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...