Blogger WidgetsBlogger Widgets

10 July 2012

5 Destinasi Percutian Paling Pelik

Percutian ke tempat-tempat menarik pastinya menjadi pilihan bagi menghilangkan stress setelah penat bekerja. Bagi yang berkemampuan, pastinya wang dan kos percutian yang tinggi tidak menjadi masalah asalkan kepuasan terjamin. Pelbagai destinasi percutian menarik diperkenalkan bagi menarik perhatian pelancong. Berikut merupakan 5 destinasi percutian yang pelik dan juga mahal.

1. Percutian ke Angkasa


Bagi yang sudah bosan bercuti di bumi, Space Adventures memberi peluang kepada anda untuk cuba melancong ke angkasa pula dengan menaiki kapal angkasa Soyuz untuk misi circumlunar. Percutian selama 7 hari itu menjanjikan pemandangan bulan, bintang dan bumi yang menarik dan luar biasa. Sebelum berlepas, bakal pelancong akan dilatih oleh angkasawan Rusia di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin. Kos pelancongan luarbiasa ini bernilai US$100 juta.
2. Percutian Bersama Ikan Duyung 


Sekitar tahun 1941, Weeki Wachee Springs yang terletak di Florida menarik perhatian ramai pelancong dari seluruh dunia termasuk Elvis Presley kerana kecantikan puteri-puteri duyungnya. Di sini, pengunjung dapat melihat beberapa orang wanita memakai kostum ala-ala duyung dan berenang bersama hidupan laut seperti ikan, penyu dan haiwan lain yang mempunyai kaitan dengan mitos ikan duyung. Walaubagaimana pun, tempat ini telah ditutup saat Amerika berdepan dengan krisis kewangan dan politik suatu ketika dahulu.

3. Percutian Berenang Bersama Babi


Berenang dengan ikan lumba-lumba mungkin perkara biasa. Namun bagaimana pula dengan berenang dengan babi? Luarbiasa dan pelik kan? Namun itulah pakej percutian yang ditawarkan oleh Big Mayor Cay. 

4. Percutian ke Dunia Orang Kerdil


Sebuah pusat pelancongan di China menawarkan suasana yang luar biasa buat pengunjung di mana semua pekerja taman tema tersebut terdiri dari golongan kerdil yang memiliki ketinggian kurang dari 4 meter. Sekiranya nada berkunjung ke taman ini, anda akan melihat pekerja yang melakukan pertunjukan, pelayan dan tukang cuci yang kecil-kecil belaka. 

5. Percutian Bogel


Sebuah resort di Amerika Syarikat menawarkan percutian di mana pengunjungnya bebas berbogel di kawasan resort dan pantai tanpa segan silu. Pengunjung biasanya hanya memakai cermin mata hitam, kasut dan peralatan mandi. Pastinya tempat seperti ini menjadi pilihan kerana warga Amerika memang terkenal dengan kebiasaan berbogel di kawasan pantai kononnya bagi menggelapkan sedikit warna kulit mereka.








No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...