Blogger WidgetsBlogger Widgets

04 June 2012

5 Filem Horror Daripada Kisah Sebenar

Filem merupakan salah satu medium hiburan yang menjadi kesukaan orang ramai. Salah satu genre filem yang paling digemari adalah horror. Jadi tidak hairanlah David Teo banyak mengeluarka filem-filem berunsur horror kerana mendapat sambutan yang hangat daripada penonton. Fenomena ini tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja, malah juga berlaku di seluruh dunia termasuk juga di Hollywood. Untuk menghasilkan sebuah filem yang akan mencapai target box-office, sesetengah penerbit dan penulis skrip akan menghasilkan cerita yang diambil dari kisah yang benar-benar berlaku dan popular dalam kalangan masyarakat. Berikut merupakan 5 filem horror yang berkisarkan kisah sebenar.

1. The Amityville Horror


Setakat ini, filem ini merupakan filem terseram daripada kisah nyata yang pernah dihasilkan. Kisah ini bermula dari Ronald deFeo yang menghadapi masalah penyalahgunaan dadah telah membunuh semua ahli keluarganya pada 14 November 1974. Dia telah menembak ibu, bapa dan adik beradiknya dalam satu malam sahaja. Menurut laporan, semua mangsa sedang tidur di bilik masing-masing ketika deFeo melepaskan tembakan. Motif pembunuhan keluarga deFeo adalah berpunca dari wang. Namun ada juga yang mendakwa deFeo melakukan pembunuhan itu setelah mendengar bisikan roh yang ada di rumah itu. Beberapa tahun selepas tragedi tersebut, rumah keluarga deFeo telah dibeli oleh keluarga Lutz. Walaubagaimanapun, keluarga Lutz tidak tinggal lama di rumah itu. Mereka mendakwa menemui sebuah ruang rahsia yang kononnya ada kaitan dengan pembunuhan yang pernah berlaku sebelum ini. Keluarga Lutz kemudiannya meninggalkan rumah itu tanpa alasan yang tidak jelas dan rumah tersebut masih tidak berpenghuni sehingga kini.



2. The Exorcism Of Emily Rose


Filem ini berkisarkan tentang seorang remaja yang bernama Annelise Michel yang pada asalnya merupakan seorang gadis remaja biasa. Pada tahun 1968 iaitu ketika Michel berusia 17 tahun, dia mengalami kekejangan dan mengalami serangan epilepsy pertama setahun kemudian. Michel mula berhalusinasi dan pada tahun 1975, dia mengalami kemurungan melampau sehingga menyebabkan dia melukakan dirinya sendiri dan pernah cuba membunuh diri. Setelah rawatan moden tidak membuahkan hasil, ibubapa Michel telah mendapatkan bantuan seorang paderi. Satu upacara exorcism dijalankan. Michel akhirnya meninggal dunia pada 1976 iaitu selepas setahun menjalani rawatan tersebut.

3. The Entity


Filem ini mengisahkan tentang Dorris Bither, ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Bither selalu berhalusinasi dan mengalami gangguan fizikal. Seorang anak Bither, Brian Harris mendakwa selalu mendengar ibunya ditampar dan dipukul sehingga meninggalkan kesan luka. Sebenarnya, filem ini mendapat inspirasi dari kisah seorang ibu, Carmen Reed yang pernah ditemubual oleh wartawan CNN mengenai pengalaman seram yang pernah dialaminya. Menurutnya, mereka sekeluarga telah berpindah ke sebuah rumah kolonial lama di Southington, Connecticut yang berdekatan dengan hospital di mana dia dan anaknya mendapatkan rawatan mengubati kanser. Selepas tinggal di rumah itu, anaknya mendakwa mendakwa mendengar suara dan melihat seorang lelaki pada waktu malam. Reed kemudian membawa anaknya berjumpa dengan pakar psikiatri namun tidak membuahkan hasil. Akhirnya, anaknya terpaksa mendapatkan rawatan di rumah sakit jiwa.

4. An American Hunting


Kisah bermula setelah Yohanes Bell merampas tanah milik Kate Batts. Batts  terkenal kerana memiliki ilmu sihir sehingga ada seorang ahli sejarah yang pernah menulis tentang ilmu sihir Batts pada 1886. Setelah berhasil merampas tanah ahli sihit tersebut, Bell dan anak perempuannya mula mengalami gangguan sehingga mengakibatkan anaknya mengalami luka.

5. Audrey Rose 1977


Filem ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Ivy. Seorang lelaki misteri telah mengganggu kehidupan Ivy dan keluarganya dengan mendakwa Ivy adalah kelahiran semula anaknya yang bernama Audrey Rose yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya hanya beberapa minit sebelum Ivy lahir. Kejadian aneh mula berlaku pada Ivy di mana dia sering mengalami mimpi buruk dan melihat tangan terbakar di tingkap bilik tidurnya.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...