Blogger WidgetsBlogger Widgets

23 June 2012

5 Kulit Album Yang Pernah Mencetus Kontroversi

Gambar yang cantik dan menarik sentiasa menjadi pilihan para artis untuk dijadikan kulit album terbaru mereka. Namun, ada sesetengah gambar kulit album yang agak mengganggu fikiran pekedai dan peminat sekaligus menjadi bualan hangat masyarakat dan media sehingga mencatus kontroversi. Sesetengah kontroversi mungkin boleh meningkatkan jualan album, namun ada juga artis dan syarikat rakaman yang mengambil langkah selamat dengan menukar kulit album dengan gambar lain.

1. The Strokes, Is This It


Pada tahun 2001, The Strokes melancarkan album baru mereka yang bertajuk Is This It. Namun, gambar kulit album tersebut menimbulkan rungutan dalam kalangan pengedar dan pekedai muzik. Foto kulit album yang diambil oleh jurugambar Colin Lane itu memaparkan gambar seorang wanita yang memakai sarung tangan kulit warna hitam memegang punggungnya yang tidak berpakaian. Menyedari reaksi pengedar yang kurang menyenangkan, band tersebut mengganti kulit album mereka dengan gambar lain yang lebih abstrak.



2. The Jimi Hendrix Experience, Eletric Ladyland


Album ini merupakan album ketiga dan yang terakhir daripada The Jimi Hendrix Experience dan dikeluarkan pada 1968. Sebenarnya, Jimi Hendrix sudah mempunyai idea dan konsepnya sendiri untuk kulit albumnya, di mana ahli kumpulan tersebut bergambar dikelilingi oleh kanak-kanak. Walaubagaimana pun, apa yang dia rancang tidak menjadi kerana syarikat rakamannya sudah pun mempunyai idea mereka sendiri. Album itu dipasarkan dengan menjadikan 19 orang wanita tanpa pakaian dengan latar belakang gelap sedang duduk sebagai kulit album. Walaupun mencetuskan kontroversi, namun syarikat rakamannya tidak menggantikan kulit album itu dengan yang lain.

3. Gun N' Roses, GN'R Lies


Kumpulan lagenda ini mengeluarkan album kedua mereka bertajuk GN'R Lies pada tahun 1988. Kumpulan ini menggunakan konsep akhbar palsu sebagai kulit album mereka. Walaubagaimana pun, sebaik sahaja dipasarkan, kulit album mereka menimbulkan kontroversi. Ini berikutan dua headlines yang tertulis "Wife beating has been around for 10,000 years" dan "Ladies, welcome to the dark ages". Selepas menerima kritikan dan rungutan dari pelbagai pihak, kumpulan tersebut tampil dengan versi album yang menggunakan headlines baru: "LIES LIES LIES" dan "Elephant gives birth to midget".

4. The Beatles, Yesterday and Today


Pada 1966, kumpulan The Beatles tampil dengan album kesebelas mereka. Album itu menimbulkan kontroversi kerana kulit albumnya memaparkan kesemua ahli kumpulan terbabit sedang duduk, mmakai baju kerja penjual daging dan memegang daging serta bahagian anak patung yang telah dipisahkan. Akibat kontroversi tersebut, syarikat rakaman bertindak menarik balik album yang berada di pasaran dan memusnahkan kesemua salinan album tersebut. Versi baru album tersebut dikeluarkan dengan menampilkan kulit album yang lain.

5. Nirvana, Nevermind


Pada tahun 1991, kumpulan rock tersebut tampil dengan album Nevermind dan boleh dikatakan sebagai album rock terbaik sepanjang zaman. Kumpulan itu menggunakan gambar seorang bayi berusia 3 bulan sedang berenang ke arah duit yang dikaitkan dengan umpan ikan. Walaupun gambar itu mempunyai maksud baik, iaitu anti-kapitalisme, namun kemaluan bayi tersebut yang kelihatan telah menimbulkan kontroversi.







1 comment:

takkan bca je respon la sikit..toink...