Blogger WidgetsBlogger Widgets

04 September 2012

5 Raja Yang Naik Takhta Ketika Masih Kanak-kanak

Dilahirkan sebagai seorang pewaris takhta yang bakal menerajui negara bukanlah suatu perkara yang mudah. Apalagi sekiranya pewaris takhta tersebut harus naik takhta di saat usia masih mentah, yakni masih lagi bayi atau kanak-kanak. Bayangkan betapa besarnya tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh raja-raja ini ketika mereka masih kecil lagi.

1. Raja Oyo Dari Uganda


Raja Oyo dari Uganda telah dinobatkan sebagai salah seorang raja termuda di dunia saat baginda naik takhta di usia 3 tahun pada 1995. Ketika upacara pertabalan berlangsung, Raja Oya yang masih kecil ketika itu turun dari takhta lantas melarikan diri dan  terus bersembunyi di pangkuan bonda baginda.



2. Maharaja Puyi Dari China


Maharaja Puyi merupakan maharaja terakhir China. Baginda lahir pada 7 Februari 1906 dan naik takhta pada 2 Disember 1908 di usia 2 tahun. Ketika upacara pertabalan berlangsung, Maharaja Puyi terpaksa dibawa ke takhta oleh ayahandanya kerana baginda ketakutan. Baginda turut menendang, mencakar dan menangis sepanjang majlis berlangsung.

3. Raja Sobhuza II Dari Swaziland


Raja Sobhuza II menjadi Raja Swaziland ketika berusia 4 bulan. Baginda memegang tampuk pemerintahan selama 82 tahun 9 bulan sebelum mangkat di usia 82 tahun. Baginda merupakan raja yang paling lama memerintah dalam sejarah.

4. Tsar Ivan VI Dari Rusia


Tsar Ivan VI ditabal menjadi Tsar Rusia ketika berusia 2 bulan. ibunya, Anna Leopoldovna menjadi wakil Tsar Ivan VI selama setahun sebelum mereka digulingkan oleh Elizaveta Petrovna pada 1741. Tsar Ivan VI dibunuh pada usia 23 tahun oleh penjaga penjara.

5.  Raja Alfonso XIII Dari Sepanyol


Raja Alfonso XIII lahir tanggal 17 Mei 1886. Baginda ditabalkan menjadi Raja Sepanyol sebaik sahaja dilahirkan. Sepanjang tempoh pemerintahan baginda, Sepanyol kehilangan koloni yang terakhir dan dikuasai oleh ditaktor sehingga menyebabkan sistem monarki dibubarkan. Raja Alfonso XIII turun takhta pada 1941 setelah Jeneral Francisco Franco mengambil alih Sepanyol.







No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...