Blogger WidgetsBlogger Widgets

02 July 2012

5 Kempen Iklan Paling Kontroversi Dalam Sejarah

Iklan menjadi medium bagi menyampaikan mesej ringkas dan padat. Syarikat pengiklanan berlumba-lumba menghasilkan iklan yang kreatif dan mampu menarik perhatian orang ramai sekaligus memberi kesan positif dalam diri masyarakat. Namun, beberapa iklan di bawah ini menimbulkan persoalan dan kemarahan sesetengah golongan dan mesej yang ingin disampaikan juga telah disalahtafsir.

1. United Colors of Benetton-Unhate


Tiada lagi yang lebih kontoversi melainkan iklan yang memaparkan gambar pope 'bercium' dengan seorang imam. Iklan ini menimbulkan kemarahan penganut agama Kristian dan Islam di seluruh dunia. Iklan ini telah diletakkan di pusat perkembangan Katolik. Foto iklan ini merupakan siri kempen Benetton yang bertajuk Unhate. Dalam siri ini juga terdapat gambar di mana presiden Amerika Syarikat, Barack Obama 'mengucup mulut'  presiden China, Hu Jintao.



2. United Colors of Benetton-Angel and Devil


Selain Unhate, syarikat ini juga menimbulkan kontroversi dengan memaparkan iklan yang berunsur perkauman. Iklan bertajuk Angel and Devil telah diambil oleh jurugambar Itali, Oliviero Toscani pada tahun 1991. Iklan ini memaparkan kanak-kanak kulit putih mewakili malaikat di mana dia mempunyai rambut kerinting berwarna perang, bermata biru dan mempunyai gigi depan yang jarang di mana ia melambangkan kebijaksanaan, kecantikan, kebahagiaan dan kesuburan. Malangnya, kanak-kanak kulit hitam digambarkan memiliki rambut seakan-akan tanduk syaitan. Iklan ini dikritik dengan hebat dan ia menjadi begitu kontroversi sekitar era 90an.

3. Antonio Federici-Ice Cream Is Our Religion


Antonio Federici merupakan pengeluar ais krim yang telah mencetus kontroversi pada tahun 2010 yang lalu. Federici telah tampil dalam iklan bertajuk Ice Cream Is Our Religion yang memaparkan gambar model berpakaian seperti seorang paderi dan rahib dalam keadaan intim. Ia dikeluarkan pada tahun 2010 dan telah di-ban oleh UK's Advertising Standards Authority (ASA) .

4. Duncan Quinn


Iklan ini merupakan antara iklan yang paling seksi dan mengganggu. Ia memaparkan gambar di mana seorang lelaki menjerut seorang wanita dengan menggunakan tali lehernya. Wanita tersebut berada dalam keadaan separuh bogel dan kepalanya berdarah. Ekpresi muka model lelaki pula kelihatan begitu bersahaja dan berpuas hati.  Iklan ini dikritik kerana seolah-olah memaparkan mesej jenayah kejam.

5. N.K. Fairbank Co. – Why Doesn’t Your Mamma Wash You With Fairy Soap?


Iklan ini begitu kontroversi berikutan terdapat ayat di mana seorang kanak-kanak kulit putih bertanya soalan "Kenapa ibu kamu tidak memandikan kamu dengan sabun dongeng (fairy soap)?" kepada kanak-kanak kulit hitam. Ayat itu seolah-olah menunjukkan kanak-kanak kulit hitam tersebut kotor kerana kulitnya gelap. Iklan  ini disiarkan pada tahun 1860an di mana saat itu, bangsa kulit hitam dijadikan hamba dan dilayan dengan kejam oleh bangsa lain.






No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...