Blogger WidgetsBlogger Widgets

25 May 2012

Tokyo Skytree (Tōkyō Sukai Tsurī)

Tokyo Sky Tree  atau lebih dikenali sebagai New Tokyo Tower ialah sebuah menara penyiaran, restoran dan cerapan di Sumida, Tokyo, Jepun. Ia menjadi struktur buatan tertinggi di Jepun pada 2010 dan mencapai ketinggian maksimumnya 634.0 meter (2,080 kaki) pada Mac 2011, menjadikannya menara komunikasi tertinggi di dunia dan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai. Projek ini siap pada 29 Februari 2012, dengan pembukaan awam dijadualkan pada 22 Mei 2012. Kelebihan Tokyo Sky Tree  sudah tentunya adalah gabungan kejuruteraan dan juga kepakaran arkitek serta bahan teknologi yang mampu menahan gegaran gempa bumi.