Blogger WidgetsBlogger Widgets

03 July 2012

Kenali 5 Agama Utama Di Dunia

Agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk masyarakat yang bertamadun, bermoral dan berakhlak tinggi. Sejak berabad lamanya, manusia telah hidup dalam masyarakat beragama dan menyembah tuhan menurut kepercayaan masing-masing. Berikut merupakan 5 agama utama di dunia berdasarkan jumlah penganutnya.

1. Kristian (2.1 juta orang)


Kristian merupakan agama terbesar dengan 2.1 juta orang penganut di seluruh dunia. Agama ini berlandaskan kepercayaan pada ajaran, hidup, sengsara, wafat dan kebangkitan Jesus Christ. Penganut Kristian percaya bahawa Jesus Christ adalah Tuhan dan Mesias, iaitu juruselamat bagi seluruh umat manusia.



2. Islam (1.5 juta orang)


Pengikut ajaran Islam dikenali dengan sebutan Muslim yang bermaksud "seseorang yang tunduk kepada Tuhan". Islam mengajar bahawa Allah s.w.t menurunkan firman-Nya kepada manusia melalui para nabi dan rasul-Nya da meyakini dengan sungguh-sungguh bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi dan rasul terakhir yang diutus ke dunia.

3. Agnostic (1.1 juta orang)


Agnostic merupakan kumpulan yang berpandangan bahawa Tuhan tidak dapat diketahui kewujudannya. Penganut Agnostic berpendapat bahawa tiada bukti yang cukup untuk menegaskan atau menolak kewujudan Tuhan. Pada masa yang sama, orang Agnostic mengatakan bahawa kewujudan Tuhan sangat kecil ataupun dalam erti kata lain mungkin ada.

4. Hindu (1 juta orang)


Hindu merupakan agama tertua di dunia dan berasal dari India. Agama ini merupakan lanjutan dari agama Weda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Agama ini muncul antara tahun 3102 SM-1300 SM.

5. Buddha (500 juta orang)


Buddha merupakan agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama). Agama ini muncul pada kurun ke-5 SM. Agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravāda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravāda), Mahāyāna, and Vajrayāna.







No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...