Blogger WidgetsBlogger Widgets

09 June 2012

5 Pasangan Pelik Yang Pernah Mencetus Kontroversi

Cinta itu sesuatu yang indah. Bercinta merupakan perkara yang begitu membahagiakan. Namun jika tidak pandai mengawal perasaan cinta, pasangan tersebut akan sanggup melakukan apa sahaja termasuk perkara yang melampaui batas tanpa memikirkan pandangan orang lain. Mari kita ambil contoh daripada 5 pasangan di bawah dan janganlah sesekali kita terikut-ikut. Kesilapan mereka kita jadikan teladan.

1. John Lennon & Yoko Ono


Pasangan ini mencetuskan kontroversi selepas menjadikan foto bogel mereka sebagai cover album Two Virgins pada 1968.  Tapi yang peliknya, John Lennon menyalahkan Yoko Ono sebagai tidak menarik dan penyebab kontroversi tersebut.



2. Kurt Cobain & Courtney Love


Pasangan ini pula mencetuskan kontroversi apabila Courtney Love dilaporkan mengambil dadah ketika dia sedang hamil. Alasannya, Love tidak menyedari dia hamil ketika mengambil dadah tersebut. Gara-gara kesilapan tersebut, ramai pihak yang ingin tahu adakah anak mereka, Frances Bean Cobain ada menunjukkan tanda-tanda ketagihan dadah.

3. Angelina Jolie & Billy Bob Thornton


Pasangan ini selalu menunjukkan kemesraan yang terlampau di khalayak ramai. Hasilnya, media beranggapan bahawa hubungan mereka hanyalah berlandaskan nafsu semata-mata.

4. Pamela Anderson & Tommy Lee


Tidak berapa lama selepas merasmikan hubungan mereka, pasangan ini mencetuskan kontroversi dengan tersebarnya video lucah semasa mereka sedang berbulan madu. Walaupun penyebaran video lucah itu mungkin secara tidak sengaja namun ia membuktikan bahawa pasangan ini benar-benar 'gila'.

5. Clyde Barrow & Bonnie Parker


Antara tahun 1931-1934, satu kumpulan penjenayah yang digelar Barrow's Gang muncul dan cukup merisaukan pihak polis. Kumpulan penjenayah itu semakin popular selepas tersebarnya maklumat yang mengatakan bahawa terdapat pasangan suami isteri yang bersama-sama menyertai kumpulan tersebut. Bonnie Parker mengakui mengikut jejak suaminya atas dasar cinta yang mendalam.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...