Blogger WidgetsBlogger Widgets

27 May 2012

5 Ritual Pelik di Seluruh Dunia

Setiap kaum di dunia ini mempunyai adat resam dan tradisi yang diwarisi dari nenek moyang turun-temurun. Bagi suku kaum orang asli di beberapa buah negara yang masih berpegang teguh pada adat resam resam mereka, untuk menjadi lelaki dewasa yang mampu melindungi kaum dan perkampungan, kanak-kanak lelaki harus menjalani ritual yang agak unik dan extreme sebelum boleh digelar sebagai seorang lelaki dewasa.



1. Ritual Bersunat Kaum Mardudjara di Australia
Remaja lelaki bagi suku kaum Mardudjara yang mencapai usia 15-16 tahun diwajibkan bersunat. Namun, ritual sunat bagi suku kaum ini boleh dikatakan sedikit aneh. Remaja lelaki yang bakal disunatkan akan dibaringkan berdekatan unggun api. Kemudian, ketua puak akan duduk di atas dada remaja lelaki tersebut dengan menghadap kemaluan remaja itu. Seterusnya, kulit kemaluan akan dipotong dengan menggunakan pisau yang telah dijampi. Proses bersunat diakhiri dengan remaja lelaki terbabit menelan kulit kemaluan yang baru dipotong tadi tanpa mengunyah sedikit pun.



2. Pahlawan Maasai di Kenya & Tanzania
Kanak-kanak kaum Maasai di Kenya dan Tanzania yang berusia 10-15 tahun wajib melalui satu itual peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Pada malam sebelum ritual dijalankan, kanak-kanak lelaki tadi akan dibawa tidur di dalam hutan dan pulang ke perkampungan mereka pada subuh keesokkan hari. Selepas pulang dari tidur di hutan, kanak-kanak lelaki terbabit akan minum susu yang dicampur dengan darah lembu. sebelum mereka melalui upacara bersunat. Selepas disunatkan barulah mereka boleh dianggap sebagai seorang lelaki dewasa yang juga merupakan pahlawan dan pelindung kampung dan kaum Maasai.



3. Land Diving Vanuatu, Kepulauan Pasifik Selatan
Pada bulan April-Mei, remaja lelaki suku kaum Vanuatu akan menjalani satu ritual ala-ala bungee jumping untuk bergelar lelaki sejati. Ritual turun temurun yang sudah diamalkan selama 15 abad ini juga sebagai persembahan untuk dewa-dewa mereka semasa musim kemarau.   Untuk menjadi lelaki sejati, remaja-remaja lelaki perlu mamanjat binaan tiang-tiang kayu yang tingginya melebihi 30 meter     dengan hanya menggunakan seutas akar yang diikat di kedua-dua belah kaki sebagai perlindungan keselamatan. Selepas sampai di puncak bangunan tersebut, mereka harus melompat dengan kelajuan lebih kurang72km/h dan sekurang-kurangnya kepala mereka harus menyetuh tanah. 


4. Kaum Sambia di Papua New Guinea
Kanak-kanak lelaki kaum Sambia yang berusia 7 tahun akan melalui beberapa proses yang agak extreme untuk menjadi lelaki sejati dan dewasa. Ritual ini akan dimulakan dengan pemisahan kanak-kanak lelaki dari ibu mereka. Kanak-kanak tersebut akan ditempatkan di sebuah pondok yang hanya dikhaskan untuk kaum lelaki sahaja. Proses berikutnya adalah penyedutan darah di mana hidung kanak-kanak lelaki terbabit ditusuk dengan rumput tajam sehingga mengeluarkan darah. Seterusnya, kanak-kanak lelaki akan dipukul oleh lelaki-lelaki dewasa. Ritual ini diakhiri dengan proses meminum air mani/sperma ketua-ketua suku kaum Sambia.


5. Mandan Hook Hanging, Amerika
Suku Mandan merupakan penduduk asli Amerika. Untuk mendapat pengiktirafan sebagai seorang lelaki sejati, remaja lelaki suku Mandan wajib berpuasa selama 3 hari sebelum ritual diadakan. Ini bertujuan bagi membersihkan tubuh dari kekotoran. Pada hari berlansungnya ritual tersebut, ketua suku akan mengaitkan dada remaja lelaki terbabit dengan menggunakan 2 buah stik kayu dengan menggunakan 2 buah tali yang telah digantung dan mereka tidak dibenarkan menangis semasa upacara berlansung. Remaja lelaki yang menjalani ritual ini akan digantung sehingga mereka tidak sedarkan diri.

1 comment:

  1. bodoh toll la ritual yg diorang buat...kesian kat bdk2 kcik ni...siap knablasah lgi truk btull...

    ReplyDelete

takkan bca je respon la sikit..toink...