Blogger WidgetsBlogger Widgets

04 September 2012

Bayi 19 Bulan Makan 6 Biji Pil Viagra Setiap Hari

Viagra sering dikaitkan dengan kejantanan lelaki dewasa. Namun seorang bayi dari Britain bernama Cerys Samll telah mengambil pil tersebut walaupun dia baru berusia 19 bulan. Cerys mengambil 6 biji pil viagra sehari atas nasihat doktor bagi mengubati penyakit jantungnya.

Foto Cerys sebelum mengambil pil tersebut

Gara-gara Ingin Buat Kejutan Kepada Kekasih, Lelaki Ini Hampir Mati

Demi cinta, seorang lelaki China dikenali sebagai Hu Seng hampir mati ketika ingin memberi kejutan sempena hari ulang tahun kekasihya. Hu Seng telah bertindak kurang bijak dengan masuk ke dalam kotak untuk 'dikirim' kepada teman wanitanya, Li Wang.


5 Kisah Wanita Yang Bersalin Tanpa Hamil


Tajuk entri kali agak pelik dan kedengaran tidak logik. Namun itulah pengalaman yang dialami oleh 5 orang wanita yang telah melahirkan anak tanpa mengetahui yang selama mereka mengandung. Malah kesemua mereka mendakwa tidak mengalami sebarang tanda-tanda kehamilan seperti wanita hamil yang lain. Kelima-lima ibu ini hanya mengetahui mereka hamil beberapa jam atau minit sebelum mereka bersalin. Pelik bukan..?

1. Amanda Burger



Amanda Burger dari Waterloo, Iowa telah melahirkan seorang bayi perempuan bernama Mckinlee Burger pada 2010 tanpa mengetahui yang dia hamil. Amanda mendakwa yang dia tidak menyedari kehamilannya kerana dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda hamil. Dia juga mendakwa bahawa dia mengalami kitaran haid seperti biasa namun mengakui berat badannya bertambah 7-10 kg.

Anna Anemiya-Model Jepun Separuh Manusia, Separuh Anime

Anna Anemiya merupakan seorang model Jepun yang terkenal kerana keunikan yang tidak terdapat pada model-model lain. Anna menjadi model separuh manusia dan separuh anime yang pertama di dunia. Gadis ini mula dikenali sejak 2010 kerana penampilan luar biasanya.


5 Raja Yang Naik Takhta Ketika Masih Kanak-kanak

Dilahirkan sebagai seorang pewaris takhta yang bakal menerajui negara bukanlah suatu perkara yang mudah. Apalagi sekiranya pewaris takhta tersebut harus naik takhta di saat usia masih mentah, yakni masih lagi bayi atau kanak-kanak. Bayangkan betapa besarnya tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh raja-raja ini ketika mereka masih kecil lagi.

1. Raja Oyo Dari Uganda


Raja Oyo dari Uganda telah dinobatkan sebagai salah seorang raja termuda di dunia saat baginda naik takhta di usia 3 tahun pada 1995. Ketika upacara pertabalan berlangsung, Raja Oya yang masih kecil ketika itu turun dari takhta lantas melarikan diri dan  terus bersembunyi di pangkuan bonda baginda.

Sepanduk Demonstrasi Jalanan Yang Tidak Masuk Akal

Rakyat biasa di kebanyakan negara biasanya lebih gemar memilih demonstrasi jalanan sebagai medium bagi menyuarakan pendapat dan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan mahupun badan-badan tertentu. Dalam mana-mana demonstrasi yang diadakan, pelbagai gelagat dapat dilihat. Ada yang benar-benar serius memperjuangkan hak dan pendapat mereka, ada pula yang sekadar hadir bagi membuat kacau lantas menunjukkan kebodohan diri dan ada pula yang masih tidak jelas tujuan sebenar mereka menyertai demonstrasi sehinggga terhasillah sepanduk-sepanduk seperti di bawah ini. 

Reaksi Comel Kanak-kanak Yang Takut Potong Rambut

Ketika menulis entri ini, saya teringat reaksi seorang sepupu berusia dua tahun setiap kali ibu saudara saya membawanya ke salon bagi memotong rambut. Setiap kali tukang gunting rambut mula memotong rambut, setiap kali itulah dia akan menangis dan meronta-ronta tidak mahu dipotong rambut. Ternyata situai ini bukan sahaja berlaku pada sepupu saya, malah ia juga berlaku pada kanak-kanak lain. Tidak pasti kenapa ramai kanak-kanak takut potong rambut. Tapi yang pasti, reaksi mereka nampak comel dan juga kelakar.


30 August 2012

Dari Pelakon Porno Ke Ahli Politik

Dunia politik memang luas. Sesiapa sahaja boleh menjadi ahli politik atas dasar kebebasan bersuara. Di Malaysia sekarang ini kita sering melihat artis dan selebriti menyertai parti politik tidak kira kerajaan mahu pun pembangkang. Namun percayakah anda, ternyata di barat terdapat beberapa orang pelakon porno turut menyertai politik. Berikut merupakan 5 orang bekas pelakon porno yang pernah menyertai parti politik dan bergiat aktif dalam politik.

1. Mimi Miyagi


Mimi Miyagi merupakan pelakon filem porno kelahiran Filipina. Nama sebenar Mimi ialah Melody Damayo. Mimi telah menawarkan diri bertanding merebut jawatan gabenor bahagian Nevada pada 12 Mei 2006 atas tiket Parti Republik. Dalam kempennya, Mimi membawa slogan "Aku berbogel dan jujur sepanjang waktu". Dia terpaksa bertanding dengan 4 orang calon Parti Republik yang lain dan akhirnya tewas di tangan Jim Gibbons.

Masjid Nando- Didakwa Dibina Oleh Makhluk Ghaib

Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat telah wujud sekitar abad ke-12 Masihi. Uniknya, senibina dan rekabentuk masjid ini amat berbeza dengan masjid-masjid lain di mana tiada sebarang kubah mahu pun batu marmar dibina dalam masjid ini. Sebaliknya, bangunan ini hanya dibina dengan dilapisi oleh lumpur. Tulisan kaligrafi yang terdapat di dinding masjid ini juga dipahat daripada lumpur.


Dendam Terindah-Samsung Hantar 30 Trak Mengandungi Syiling 5 Sen Pada Apple


Berikutan kekalahan berkaitan hak paten di mahkamah baru-baru ini, Samsung telah diperintah oleh mahkamah untuk membayar denda sebanyak USD$1 billion kepada pihak Apple. Pagi tadi, ibu pejabat Apple gempar dengan kehadiran kira-kira 30 buah trak yang membawa wang syiling 5 sen.