Blogger WidgetsBlogger Widgets

12 June 2012

5 Kisah Kelahiran Yang Unik

Kelahiran anak merupakan perkara yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa lebih-lebih lagi jika anak yang dikandung itu adalah anak sulung. Masakan tidak, setelah 9 bulan menanti, pastinya hati tidak sabar-sabar ingin melihat rupa anak yang dikandung selama ini. Kelahiran cahaya mata merupakan perkara yang membahagiakan dan kebahagiaan 5 pasangan berikut pastinya berganda di atas kelahiran unik anak mereka.

1. Tarikh Lahir Anak-Anak Yang Unik


Barbara Sopher merupakan seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ketiga-tiga anak Barbara memiliki tarikh lahir yang unik di mana anak sulungnya lahir pada 8 Ogos 2008 (08.08.08) diikuti dengan kelahiran anak keduanya tanggal 9 September 2009 (09.09.09) dan anak bongsunya pada 10 Oktober 2010 (10.10.10). Barbara dan suaminya mengaku tidak pernah merancang pola kelahiran anak-anak mereka.

5 Tradisi Seks Paling Pelik Di Dunia

Lain negara, lain kaum dan lain pula tradisinya. Hubungan intim merupakan satu perkara yang sangat peribadi bagi semua orang. Namun, tahukah anda bahawa ada segelintir masyarakat yang mengamalkan tradisi pelik dan aneh ketika melakukan hubungan seksual bersama pasangan. Jom kita ketahui 5 tradisi pelik yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat ini.


1. Indonesia
Mungkin kedengaran agak pelik namun masyarakat di sebuah pedalaman Indonesia melakukan hubungan kelamin dengan cara tidak bergerak dan dalam keadaan senyap. Benar-benar pelik..!!

5 Penjara Paling Menakutkan Di Dunia

Penjara didirikan atas tujuan menghukum dan memberi pengajaran kepada para banduan agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama setelah bebas kelak. Penjara juga mengajar banduan betapa indahnya kehidupan luar yang penuh kebebasan. Namun begitu, terdapat 5 penjara yang begitu ditakuti oleh banduan kerana sejarah silamnya yang penuh tragedi, tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia.

1. Penjara Carandiru, Brazil


Penjara ini pernah mendapat kecaman dunia pada tahun 1992 apabila berlakunya satu rusuhan yang tidak terkawal yang melibatkan beberapa kumpulan banduan di penjara tersebut. Bagi mengatasi masalah tersebut, satu pasukan lengkap bersenjata dikerah ke tempat kejadian dan berlakulah pembunuhan beramai-ramai di dalam penjara tersebut. Dianggarkan seramai 103 banduan telah meninggal dunia akibat ditembak oleh pasukan bersenjata.

5 Perkampungan Terunik Di Dunia

Jika disebut perkampungan, pastinya minda kita membayangkan tempat yang nyaman, tenang dan jauh dari kesibukkan kota serta bunyi-bunyi bising hon kereta. Namun, 5 buah kampung di bawah ini bukan sekadar kampung biasa, kampung di bawah ini mempunyai keunikan lain yang jarang kita temui di tempat lain.

1. Kampung Yang Mempunyai 100 Pasang Kembar Seiras


Kampung Kodinji mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam. Sekiranya kamu melawat kampung ini, kamu pasti akan mengalami kesulitan dalam membezakan penduduk di sini kerana kebanyakan mereka mempunyai kembar masing-masing. Dianggarkan terdapat 100 hingga 150 pasangan kembar dilahirkan di kampung ini. 

Ed Houben, Pembuat Anak Professional


Seorang lelaki dari Belanda yang berusia 42 tahun mendakwa dirinya adalah seorang pembuat bayi professional. Dia juga mengaku sudah memiliki 82 orang anak setelah sembilan tahun terbabit dalam ‘kerjayanya’. Ed Houben juga  mengaku bahawa dia pernah meniduri sekurang-kurangnya 15 orang wanita dalam tempoh sebulan demi membantu mereka mendapatkan anak.


Bertemu Semula Dengan Keluarga Selepas 25 Tahun Dengan Bantuan Google Earth

Ketika berusia 5 tahun, Saroo Brierley mengikut abangnya yang ketika itu sedang bekerja syif malam sebagai seorang tukang sapu di sebuah stesen kereta api.

"Ketika itu sudah larut malam. Kami turun dari kereta, dan saya sangat mengantuk sehingga saya duduk di sebuah stesen kereta api, dan akhirnya saya tertidur," tutur Saroo ketika ditemubual BBC.

"Saya fikir abang saya akan kembali dan mengejutkan saya dari tidur, tetapi ketika saya terbangun, dia sudah tidak kelihatan lagi. Saya terlihat sebuah kereta api di hadapan saya dan saya fikir, dia pasti berada di dalam kereta api tersebut. Jadi saya masuk ke dalam kereta api itu dan berharap akan bertemu dengan abang saya," ceritaya lagi.


Kisah Kanak-Kanak 6 Tahun Yang Mengumpul $10000 Demi Bapanya

Kisah kanak-kanak ini begitu menyentuh perasaan. Drew Cox baru berusia 6 tahun namun dia begitu memahami situasi orang tuanya. Dia merupakan anak sulung dari tiga beradik.


Hukuman Buat Rakyat Rusia Yang Gemar Meletak Kereta di Tempat Yang Dilarang

Rusia memang terkenal dengan ketegasan dalam memberi pengajaran buat rakyatnya. Di Malaysia, sekiranya kita meletakkan kereta di tempat yang dilarang, kita biasanya akan didenda tidak sampai RM1000. Tapi di Rusia, jika rakyatnya meletak kereta sembarangan, kereta mereka akan menjadi mangsa lenyekkan kenderaan gergasi ini. Nampaknya pemilik kereta ini terpaksalah membeli kereta baru selepas ini dan pastinya mereka trauma meletak kereta di tempat-tempat yang tidak sepatutnya, kan?


Kereta Ini Tidak Rosak Selepas Dihempap Kontena

Hyundai membuktikan produk keluarannya mempunyai kualiti yang sangat tinggi setelah sebuah kereta keluarannya, Elantra tidak mengalami kerosakan teruk selepas ditimpa sebuah kontena yang membawa muatan berat. Kejadian ini berlaku di salah sebuah jalan Di Busan, Korea Selatan.

Bersalin Di Usia 10 Tahun Satu Kebiasaan di Colombia

Mengandung dan melahirkan anak semuda usia 10 tahun mungkin kedengaran jangal bagi masyarakat kita namun sebaliknya bagi masyarakat Wayuu di Colombia. Ketika kanak-kanak lain sedang asyik bermain, anak-kanak perempuan suku Wayuu yang masih kecil sudah merasai sakitnya bersalin. Saat kanak-kanak lain leka bermain dengan anak patung, kanak-kanak Wayuu pula sudah mula memikul tanggungjawab mengasuh bayi mereka.


Koleksi Kereta Mewah Anak Saddam Hussein

Ferari F40 merupakan sebuah kereta mewah yang paling banyak dikehendaki oleh peminat kereta mewah di seluruh dunia termasuk anak sulung Saddam Hussein, Uday. Semasa era pemerintahan bapanya, Uday mampu mendapatkan pelbagai kereta mewah edisi terhad termasuk Ferrari F40 dengan mudah. Kereta mewah buatan Itali itu dibeli oleh Uday saat tercetusnya perang teluk yang pertama.