Blogger WidgetsBlogger Widgets

29 August 2012

5 Virus Paling Bahaya Di Dunia

Semakin kita memasuki dunia moden, semakin banyak penyakit daripada virus baru yang muncul. Sehingga kini, para sainstis masih lagi berusaha mencari ubat bagi menyembuhkan penyakit dari virus-virus tersebut. Virus-virus moden ini menyerang pelbagai lapisan masyarakat tidak kira golongan tua, dewasa mahu pun kanak-kanak. Kepesatan sistem pengangkutan turut menjadi faktor cepatnya penyebaran virus tersebut ke seluruh dunia. Jom kita kenali 5 jenis virus berbahaya yang paling ditakuti manusia masa kini.

1. Virus Ebola


Ebola (Virus Kongo) merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus Ebola baru sahaja dikenalpasti. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut.  Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.

Kailash Singh, Tidak Pernah Mandi Dalam Tempoh 38 Tahun

Sebagai manusia normal, kita mesti berasa tidak selesa jika tidak mandi walaupun untuk sehari. Tapi bagi seorang lelaki dari India yang bernama Kailash Singh, tidak mandi selama sehari adalah perkara biasa. Ini kerana, lelaki ini tidak pernah mandi dalam sejak 38 tahun yang lalu dan dia boleh dikategorikan sebagai manusia paling busuk di dunia..!

5 Foto Makhluk Paranormal Yang Terkenal Sepanjang Zaman

Makhluk paranormal kekal misteri dan masih sukar diperjelaskan kewujudannya walaupun kita sudah memasuki era moden. Pelbagai peralatan sainstifik direka bagi mengenalpasti kehadiran entiti makhluk ini. Namun sekiranya bernasib baik, anda tidak memerlukan kamera atau video yang canggih untuk merakam gambar entiti tersebut. Ini kerana 5 keping foto yang memaparkan entiti yang sukar dijelaskan ini diambil lebih berpuluh-puluh tahun dahulu dan tanpa menggunakan peralatan moden mahupun Photoshop.

1.


Foto ini diambil pada tahun 1919 dan ia diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1975 oleh Sir Victor Goddard yang merupakan seorang bekas tentera Royal Air Force. Foto tersebut merupakan potret skuad Goddard ketika bertugas semasa Perang Dunia Pertama. Di belakang salah seorang skuad tersebut terdapat satu entiti yang menyerupai seorang lelaki. Kononnya, entiti itu adalah Freddy Jackson yang bekerja sebagai mekanik di Royal Air Force. Gambar tersebut diambil ketika Jackson baru sahaja 2 hari meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja.

Foto Kanak-kanak Yang Hidup Dalam Kemiskinan

Dalam sebuah negara membangun, kehidupan golongan miskin di negara kita mungkin tidak seteruk masyarakat di negara miskin seperti Afrika dan India. Sekurang-kurangnya rakyat yang lebih berkemampuan dan kerajaan negeri masih ada untuk memberi sumbangan buat rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan. Namun di negara-negara mundur, golongan miskin tegar yang ramai terpaksa bersaing sesama sendiri sekiranya bantuan kemanusiaan dari negara lain tiba. Kelaparan merupakan perkara biasa bagi golongan ini. Lebih teruk, mereka juga diancam kebuluran. Berikut merupakan foto-foto kanak-kanak miskin dari pelbagai negara. Moralnya, kita perlu bersyukur kerana kita tidak perlu menjalani kehidupan seperti mereka di bumi bertuah ini.